PELACUR BOLEH MASUK SYURGA


AKU MASIH INGAT LAGI USTAZ SELALU BAGI TAU CERITA MENGENAI KISAH SEORANG PELACUR YANG DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH KERANA KEIKHLASAN DIA MEMBERI MINUM AIR KEPADA ANJING YANG HAUS....ITULAH CERITA YANG AKU PERNAH DENGAR DULU...AKU HERAN APABILA PUAK PAS MEROYAN BILA NAJIB PERGI KE MASJID TABLIGH...PERTIKAI BILA NAJIB PAKAI KOPIAH, APAKAH ISLAM ITU HAK MUTLAK PAS...BUKA LAH MINDA, JANGANLAH JUMUD SANGAT WAHAI PEMIMPIN PAS...KORANG BACA DAN NILAILAH ARTIKEL HARAKAHDAILY NI, MENGGAMBARKAN NAJIB BAGAIKAN ORANG KAFIR, MALAH MUNGKIN DAP LEBIH 'ALIM' BERBANDING NAJIB     

Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu

Harakahdaily, 31 Mac 2013

(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini.

Comments