Kuala Lumpur: Penganalisis politik yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menampilkan calon yang ‘sempurna’ untuk rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Bukan itu saja, kesempatan yang ada ini juga digunakan sebaik mungkin oleh Perdana Menteri untuk menunaikan permintaan rakyat serta melaksanakan program transformasi sebelum membuat keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen.
Pemerhati politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba, berkata dakwaan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan pilihan raya tidak timbul kerana kerajaan masih berkuasa sehingga 30 April ini.
“Apa yang berlaku hari ini termaktub dalam undang-undang dan tidak timbul soal takut. Pembubaran (Parlimen) itu pasti akan berlaku dan saya meramalkan pilihan raya akan diadakan paling lewat Mei nanti.
“Bagi saya persiapan itu perlu, tidak ada gunanya bubarkan Parlimen jika ada yang belum sempurna. Perdana Menteri mempunyai masa untuk melakukan terbaik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan masih mengundang persoalan kerana sehingga kini Perdana Menteri belum memberi bayangan secara jelas bilakah Parlimen akan dibubarkan.
Spekluasi mengenai pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum semakin kencang apabila Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, terbubar secara automatik Khamis lalu, namun Parlimen akan terbubar secara automatik 30 April ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah juga menjadi sebahagian daripada alasan untuk Perdana Menteri melambatkan pembubaran Parlimen.
“Saya yakin Perdana Menteri ingin menggunakan sebaik mungkin mandat yang ada untuk menunaikan segala janjinya kepada rakyat serta melakukan penambahbaikan seperti diharapkan rakyat, selain ingin memastikan calon ditampilkan adalah mereka boleh menang.
“Perdana Menteri mempunyai masa, barangkali beliau juga mahukan isu di Lahad Datu selesai sebaik mungkin, rakyat berasa benar-benar selamat sebelum pilihan raya umum diadakan,” katanya.

Comments