Laporan Awal Situasi Lahad Datu

Serangan capai objektif, laporan media Filipina tidak benar: KPN

LAHAT DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata serangan mencapai objektif dan menafikan laporan media Filipina bahawa bom digugurkan pasukan keselamatan Malaysia terkena kubu sendiri.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina di Hotel Residen FELDA Sahabat di sini, sebentar tadi.



LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan senjata dan bahan letupan digunakan pihak keselamatan Malaysia dalam serangan terhadap penceroboh di Lahad Datu, pagi ini kerana operasi masih berjalan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Hotel Residen Felda Sahabat, di sini, sebentar tadi.

Comments