Pengguguran bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa selaku Ahli Majlis Syura Ulama mencetus kontroversi apabila perkara itu diumumkan selepas beliau pulang dari mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza. Ikuti temubual Ahli Parlimen Bachok itu bersama wartawan BH Haspaizi Mohd Zain
S: Boleh YB ulas mengenai pengguguran daripada Majlis Syura Ulama?
J: Ya, sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang surat ataupun hitam putih daripada Majlis Syura mengenai perkara itu, saya mengetahui pemecatan saya hanya melalui media massa dan juga laman blog. Walau apa pun ia tidak menghalang saya untuk terus memperjuangkan Islam. Jawatan adalah lantikan parti dan parti berhak mengambil kembali.
S: Alasan pengguguran adalah dikatakan kerana tindak-tanduk yang merugikan parti?
J: Saya tidak terima sebarang surat sehingga kini, saya tidak tipu. Malah saya hairan Majlis Syura bermesyuarat 13 Januari dan sehingga kini (2 Februari) surat pemecatan saya masih belum sampai, saya tidak tahu apa masalahnya. Saya hendak tengok hitam putih, mungkin disebut alasannya (pemecatan), tapi kalau ikut prosedur (pemecatan) tidak berapa kena. Kalau ikut prosedur ia kena ada surat tunjuk sebab dan diikuti beberapa prosedur lain, tetapi sehingga kini saya tidak dimaklumkan apa-apa.
S: Apakah tindakan YB mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza punca pemecatan ini?
J: Ada kemungkinan, kerana penyataan terbuka (PAS) selepas saya pulang dari Gaza, sedangkan sebelum ini saya pernah pergi banyak tempat, malah pernah mewakili Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berucapa pada satu persidangan di luar negara. Saya tanya beliau, Tan Sri tahu tidak saya ini orang PAS, beliau cakap pergi saya bagi mewakilinya.
S: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kata nama YB tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang?
J: Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab apabila tidak lagi dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.
S: Bagaimana YB melihat kenyataan segelintir pemimpin PAS berhubung kalimah Allah?
J: Saya berpendapat PAS perlu menarik kembali kenyataan yang dibuat secara bersama dengan PKR dan DAP berhubung penggunaan kalimah Allah kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat 13 Januari lalu.
S: Berhubung keputusan Majlis Syura Ulama terhadap YB?
J: Sedikit keadilan saya pinta, saya harap tindakan sama juga dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menyanggah ketetapan ataupun peraturan parti, khususnya yang dibuat Majlis Syura sebagai badan kedua tertinggi dalam PAS.
S: Bagaimana kenyataan Tok Guru terhadap YB berhubung isu pemecatan ini?
J: Saya berasa dizalimi, di mana kiasan yang dibuat (Nik Aziz) agak keterlaluan dengan mengkiaskan saya seolah-olah murtad dan mengkiaskan saya dengan perceraian. Kenyataan dia (Nik Aziz) kepada saya agak keras, tapi saya masih hormat pada dia. Saya masuk PAS bukan kerana individu tertentu, saya masuk PAS bukan kerana Tok Guru (Nik Aziz), bukan kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Almarhum Datuk Seri Fadhil Noor, saya menyertai PAS kerana perjuangan Islam yang konsisten.
S: Ramai pemerhati politik di luar sana menunggu pengumuman YB keluar PAS dan menyertai UMNO?
J: Ya saya sedar semua itu, namun, sehingga kini saya tidak berniat menyertai UMNO ataupun mana-mana parti politik, melainkan dipecat daripada PAS, ada juga yang mengatakan saya dibayar oleh UMNO. Untuk pengetahuan semua, UMNO tidak pernah membayar saya, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak pernah mempelawa saya menyertai UMNO. Saya bekerjasama dengan Perdana Menteri demi kepentingan Islam, banyak perkara yang saya suarakan beliau dan Timbalannya boleh terima. Kita memang berbeza ideologi, namun perlu bersama dalam membabitkan kepentingan Islam.
S: Bagaimana YB melihat kekuatan PAS kini?
J: PAS ini sejarahnya lahir daripada kumpulan ulama yang kecewa dengan UMNO dan kemudiannya menubuhkan parti ini. Sebab itulah PAS dalam menelusuri perjuangannya ia mempunyai kekuatan tersendiri. Bagaimanapun saya lihat kekuatan dan kejituan (PAS) sedikit sebanyak mulai cair kerana mereka terpaksa melayan kerenah rakan, sebabnya ada benda yang PAS patut berada di depan, tapi ia tidak berlaku.
S: Sekiranya pakatan berjaya menguasai Putrajaya, siapa yang layak bergelar Perdana Menteri?
J: Dalam konteks Malaysia dan selaku ahli PAS, sekiranya pakatan berjaya menguasai Putrajaya, saya kira Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau mempunyai keupayaan. Ini kerana beberapa pemimpin lain terpalit dengan beberapa masalah termasuk hal peribadi yang sukar ditangani.

Comments