Jawatan Hanyalah Lantikan Parti: Nasharuddin

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan terus berjuang dan bekerja untuk mendaulatkan Islam walaupun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti politik.
  Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, sehingga kini masih belum menerima sebarang surat daripada PAS memaklumkan pemecatannya daripada jawatan Ahli Majlis Syura Ulama parti itu yang berkuat kuasa minggu lalu.
  Nasharuddin yang baru pulang daripada mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri ke Gaza baru-baru ini menjelaskan, beliau akur dengan apa saja keputusan dibuat PAS kerana soal jawatan adalah hak parti.
  “Saya menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan panggilan telefon. Sehingga di saat saya menghantar mesej ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan terbabit.
  
“Walau apapun perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan sama ada berjawatan atau tidak. Jawatan terbabit adalah lantikan parti, bukannya pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu ia adalah hak parti,” katanya melalui SMS yang dihantar kepada BH.









Untuk berita penuh dapatkan BH esok...wahhhh..aku tolong promosikan BH lagi...hihihihi














Comments