Anwar Bila Nak Pergi?

Najib dan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh melawat runtuhan pejabat kerajaan dibom tentera Israel di Bandaraya Gaza, semalam. - Foto AP Najib dan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh melawat runtuhan pejabat kerajaan dibom tentera Israel di Bandaraya Gaza, semalam. - Foto AP
Malaysia tawar bantuan satukan Hamas, Fatah

Malaysia semalam menawarkan bantuan untuk menjayakan pelan perdamaian antara pergerakan Hamas dengan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.
Tawaran itu disampaikan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin dalam lawatan sehari beliau ke wilayah bergolak itu.

Pendirian kita ke arah penyelesaian terhadap konflik yang penuh kezaliman ini amat jelas. Kita mahu melihat sebuah negara Palestin merdeka dan penyatuan rakyatnya yang menikmati keamanan," Najib Razak, Perdana Menteri

Sokong usaha damai Najib berkata, Malaysia menyokong sebarang usaha perdamaian kerana yakin hanya penyatuan dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran.

“Jika diperlukan, Malaysia sebagai sahabat rakyat Palestin, sedia membantu menjayakan pelan perdamaian dalam apa cara yang boleh kita lakukan,” katanya berucap pada majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Quds.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin, jam 10.40 pagi (waktu tempatan) atau jam 4.40 petang waktu Malaysia.

Comments