PAS Syiah???


Kota Bharu: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) digesa supaya menegur segelintir pimpinan tertnggi parti itu dilihat cenderung dan terarah kepada fahaman Syiah yang boleh merosakkan perjuangan PAS.
   Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Jauhar Mohd Dawi, berkata kecenderungan itu dapat dilihat melalui artikel serta ucapan segelintir pemimpin parti itu yang mengagungkan pemimpin Syiah dan juga Iran.
   Selain pemimpin utama PAS, beliau juga turut menegur media rasmi parti itu supaya lebih peka dan sensitif serta tidak mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan fahaman Syiah.
   "DPPP perlu menegur kepemipinan tertinggi supaya jaga tindak-tanduk dan tutur kata supaya jangan terjerumus dengan fahaman syiah, saya tidak tuduh pimpinan mengamalkan ajaran Syiah.
   "Tapi segelintir pimpinan suka memberikan artikel ataupun ucapan yang mengagungkan pimpinan Syiah dan juga dari Iran, ini akan menimbulkan persepsi tidak baik dikalangan ahli serta masyarakat.
   "Begitu juga dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah, jangan ada sokongan pada Iran, Syiah dan Hizbullah ini penting bagi menjauhkan PAS daripada fitnah," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua DPPP pada Muktamar Tahunan sayap parti itu di sini, semalam.
   Abdul Wahab berkata, dalam isu Syria pula PAS menyokong penuh rakyat negara itu yang dizalimi, namun, malangnya ada pimpinan parti mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Iran dan Syria.
   Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengemukakan usul supaya supaya Harakah distrukturkan semula setelah melihat mutu pemberitaannya semakin merosot dan kurang kridibal sebagai organ parti.
   Oleh itu Muktamar DPPP Kali Ke-53 membuat penetapan untuk mendesak parti itu supaya menstruktur semula editorial Harakah supaya dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.
   Selain itu mereka turut mendesak PAS membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti.

ends.

Comments