Sumber BH
POPULARITI PERDANA MENTERI TERUS MENINGKAT....
Kuala Lumpur: Populariti dan keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka terus meningkat selepas pembentangan Bajet 2013.
Bajet itu disifatkan sebagai memenuhi aspirasi rakyat apabila beberapa perkara keutamaan seperti perumahan mampu milik, bantuan kepada rakyat dan peluang pekerjaan serta latihan kepada golongan muda turut diberi keutamaan.
Malah, kaji selidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum pembentangan Bajet di Selangor, Johor dan Kedah, mendapati rakyat memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri dan yakin terhadap pembaharuan dilakukan.
Terima baik transformasi
Ketua Program Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali, berkata berdasarkan kajian itu pihaknya mendapati rakyat menerima baik transformasi yang dilakukan kerajaan.
“Hasil kajian lapangan mendapati 70.1 peratus di Selangor, 69.9 peratus di Kedah dan 75.1 peratus rakyat di Johor menyatakan transformasi sedang dan sudah dilakukan Perdana Menteri adalah usaha yang amat dihargai.
“Berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei populariti dan keyakinan terhadap kepemimpinan Najib adalah 69.1 peratus dan awal September lalu ia meningkat kepada 70.1 peratus, manakala pada Mei lalu 37 peratus yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang dua pertiga dan awal September lalu meningkat kepada 46.1 peratus.
“Selepas pembentangan bajet, Jumaat lalu populariti Perdana Menteri dijangka terus meningkat dan mampu mempengaruhi pola sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Bajet 2013: Mentransformasi Negara.

Comments