Doktor Gila Seks!!!!!!!


Kondisi badan masih lagi belum sihat sepenuhnya, biasalah demam, sekarangkan musim orang demam..jadi kepada penjenguk blog Budak Baru, jangan lupa jaga kesihatan, minum air masak banyak
-banyak, sebab kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit...sambil dok layari blog kawan-kawan terperasan satu entry menarik ni...bila nafsu menguasai diri apa saja boleh berlaku dan doktor pun boleh jadi tidak waras....

(Gambar) Aksi pakar bius ambil kesempatan 'bersetubuh' dengan pesakit dirakam CCTV

Seorang pakar bius dari hospital di bandar Xiamen, tenggara semenanjung Fujian, China telah membuatkan orang awam marah setelah beliau didapati bersalah mencabul seorang pesakit wanita ketika beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan polis, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wenwen, telah menjalani pembedahan di Hospital Kesihatan Wanita dan Anak di Xiamen pada 19 Mac yang lalu.

Pada pukul 6.50 petang pada hari yang sama ketika pembedahan telah pun selesai, pesakit dibiarkan dalam keadaan separa sedar selepas dibius sementara menanti kesan tersebut hilang.

Namun begitu, ketika menunggu kesan bius itu habis, seorang pakar bius yang dikenali sebagai Pan, 38 tahun, telah mengambil kesempatan dengan mencabul dirinya ketika di dalam separa sedar itu.

Selepas Wenwen tersedar dari kesan bius itu, beliau merasa ada yang tidak kena dengan tubuhnya lantas membuat laporan polis.

Perbuatan lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar apabila aksi cabulnya telah berjaya dirakamkan di dalam CCTV hosrpital tersebut. Beliau dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencabul wanita secara paksa dan bakal merengkok dalam penjara selama dua tahun dua bulan.

Comments