Hasil Didikan Anwar Ibrahim...Tahniah




Polis hari ini menahan seorang pelajar IPTS berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Jumaat lalu

Remaja yang juga penyokong kuat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu difahamkan ditahan di kawasan Pusat Pengajian Tinggi sekitar Cheras KL jam 12 tengahari tadi.

Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.






Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Tindakan menunjukkan punggung tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Pemimpin UMNO dan PAS.


Comments