Al-Fatihah


Datuk Dr. Azmi Setapa, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggal dunia pagi ini disyaki akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham, 52, akan diterbangkan ke Kota Bharu tengah hari ini menerusi penerbangan ehsan TUDM dari Subang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Laut, Tumpat.


Semoga Allah mencucuri rahmatNYA dan semoga arwah ditempatkan di tempat orang beriman bersama junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Comments