MUNGKIN ramai yang masih ingat ketika pertama kali Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkongsi pentas dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh pada konvensyen pertama pakatan pembangkang yang diadakan di Shah Alam, Disember, dua tahun lalu, Nik Aziz menyifatkan DAP sudah memahami dan menerima perjuangan Islam yang didokong parti itu.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan pada masa itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sempat bergurau dengan pemimpin DAP itu yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, apabila berseloroh mengenai baju dipakai Karpal pada konvensyen itu turut tertera logo Pas.
Pada konvensyen itu jugalah termeterainya ‘Deklarasi Perjanjian Persefahaman Pakatan Rakyat’ yang membabitkan dasar perjuangan pakatan pembangkang dan pada majlis itu juga Karpal Singh secara terbuka menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama pakatan berkenaan.
Namun semua itu adalah sorotan sejarah lampau dua tahun lalu, ketika PAS mengatakan bahawa DAP kini sudah mengenali dan memahami Islam, namun, sejarah baru tercipta apabila pakatan pembangkang termasuk pemimpin PAS secara sepakat menolak pelaksanaan undang-undang hudud yang dicadangkan Menteri Besar Kelantan itu.
Ketika isu hudud dicetuskan Nik Aziz dan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta mengulas isu berkenaan berkata, kerajaan tidak menolak hukum hudud, sebaliknya belum sampai masanya lagi untuk melaksanakan hukum Islam itu, beliau dikecam begitu hebat oleh penyokong pembangkang dan mendakwanya sebagai menolak hukum Islam.
Bagaimana agaknya reaksi penyokong pembangkang terutamanya penyokong PAS apabila pakatan termasuk pemimpin tertinggi PAS sendiri sebulat suara menolak pelaksanaan hukum hudud?
Sejak PAS bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan berkenaan, parti itu bukan saja terpaksa menarik balik cadangan untuk melaksanakan hudud, tetapi dasar perjuangannya juga turut berubah. Muktamar Tahunan PAS ke-57 yang berlangsung beberapa bulan lalu menyaksikan PAS menukar dasar daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.
PAS sepatutnya belajar daripada sejarah, DAP sejak dari dulu lagi konsisten menolak sebarang usaha untuk mewujudkan negara Islam ataupun pelaksanaan hukum hudud. Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu yang konsisten dan tetap menolak usaha berkenaan selain mendakwa ia bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan.
Karpal Singh yang sememangnya lantang menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam menyifatkan isu berkenaan sudah lama berkubur selain mendakwa pelaksanaannya boleh mencetus kebimbangan dikalangan masyarakat bukan Islam di negara ini, jelas Karpal belum memahami Islam seperti mana didakwa PAS sebelum ini.
Bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, berkata jika benar PAS ingin memperjuangkan Islam dan ingin melaksanakan hukum Islam, parti itu perlu keluar daripada pakatan. Bukan itu saja kepemimpinan PAS juga perlu menyemak kembali dasar pakatan serta agenda buku jingga yang langsung tidak menyentuh tentang perjuangan dan pelaksanaan hukum Islam.
“Nik Aziz perlu menyemak Deklarasi Perjanjian Pakatan Rakyat yang termeterai 18 Disember 2009’ dan buku jingga dicanang pakatan berkenaan langsung tidak menyentuh tentang pelaksanaan hukum hudud ataupun negara Islam, negara Islam yang ada hanyalah seperti termaktub dalam perlembagaan kini, deklarasi berkenaan secara halus menolak perjuangan Islam.
“Bagi saya Nik Aziz masih ada ruang untuk melaksanakan hukum hudud, sekiranya mereka ikhlas ingin melaksanakan hudud, kerajaan PAS Kelantan perlu keluar pakatan dan berbincang dengan kerajaan pusat. Saya yakin PAS masih mempunyai ruang untuk melaksanakan hukum hudud jika berbincang dengan tertib dan memberi penerangan sewajarnya kepada kerajaan.
“Anwar buat kenyataan yang putar belit, hakikatnya pakatan pembangkang termasuk pemimpin PAS menghadiri mesyuarat berkenaan sepakat menolak cadangan Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud kerana desakan DAP. Pakatan tetap dengan dasar mereka yang langsung tidak menyentuh tentang hukum Islam,” katanya.
Bagaikan satu penghinaan kepada Menteri Besar Kelantan itu yang sememangnya memperjuangkan hukum hudud tetapi dalam masa sama secara ‘halus’ ia ditolak oleh pemimpin parti itu sendiri, demi menjaga kepentingan politik.
Keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi pakatan itu memberi dua maksud tersirat perlu difahami sebaik mungkin oleh penyokong PAS iaitu, pertama keputusan berkenaan secara langsung menolak cadangan Nik Aziz, kedua jelas pakatan tidak boleh menerima penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
Nik Aziz tidak sepatutnya menyalahkan UMNO apabila pakatan menolak untuk melaksanakan hudud, sebaliknya bagi Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris, pemimpin utama PAS itu perlu konsisten dengan perjuangannya jika benar ingin melaksanakan undang-undang hudud.
“Jika PAS mengikut telunjuk DAP, bermakna mereka tidak istiqamah dalam perjuangan seperti mana yang dituntut Allah. Bagi saya pemimpin PAS kini sudah hanyut dalam arus politik bukan Islam dan saya seru umat Islam serta rakyat Kelantan menilai sendiri sejauh mana perjuangan Islam yang kononnya didokong parti itu sebelum ini,” katanya.
PAS tidak konsisten dalam perjuangan-itulah ungkapan yang boleh kita terjemahkan terhadap perjuangan parti berkenaan. Ketika membangkitkan isu berkenaan, Nik Aziz berkata beliau sanggup kehilangan DAP demi memperjuangkan hukum hudud, maka pendiriannya perlu konsisten seperti mana DAP tetap menolak negara Islam dan hukum hudud.
ends.

Comments