BERSIH: Kejayaan Ambiga Mempergunakan Melayu

Alhamdulillah, sekitar jam 6 petang Kuala Lumpur kembali aman dan tenang daripada bedilan gas pemedih mata dan semburan air bagi menyuraikan perserta perhimpunan haram BERSIH 2.0 yang gagal mencapai matlamatnya apabila sekitar 15,000 saja yang keluar.

Berbanding BERSIH yang pertama dulu berjaya mengumpul sekitar 30,000 penyokong, jadi bermakna sokongan dan kepercayaan rakyat semakin merosot. Bukan itu saja sasaran untuk melihat 300,000 rakyat Malaysia menyokong BERSIH juga hancur.

15,000 daripada 28 juta rakyat Malaysia, berapa peratus maknanya itu? anda boleh mengira dan menilainya apakah ia suara majoriti ataupun suara minoriti rakyat Malaysia yang kononya menuntut pilihan raya lebih adil.

Budak Baru yang turut bersama-sama dengan pihak polis untuk melihat kumpulan perusuh berdemonstrasi, selain terkena sama gas pemedih mata, nampaknya apa yang dilaungkan hanya indah khabar dari rupa.

Daripada pengamatan Budak Baru pada perhimpunan itu beberapa kesimpulan dapat dibuat ataupun kejayaan perhimpunan BERSIH:

1. Perhimpunan ini berjaya membuktikan bahawa orang Melayu diperalat ataupun diperkudakan oleh bukan Melayu; Buktinya perhimpunan anjuran Ambiga itu menyaksikan majoriti yang hadir dan kena tangkap adalah orang Melayu.

2. Berjaya menimbulkan provokasi terhadap polis, kemudian bila polis bertindak ada wakil peserta akan merakam gambar dan kemudiannya akan menjaja ke seluruh dunia bahawa polis di Malaysia jahat.

3. Berjaya mengakibatkan peniaga di sekitar ibu kota hilang pendadapat selama sehari akibat 'permainan polis sentri' perusuh dengan polis.

4. Anwar berjaya membuktikan beliau pelakon terbaik apabila berlakon bahawa beliau cedera parah terkena gas beracun.

banyak lagilah kejayaan BERSIH yang tak sempat Budak Baru nak citer kerana mata sudah mengantuk...cuma persoalannya kemana menghilang semua Cina dan India yang sebelum ini menyokong BERSIH, kenapa Melayu je yang ramai?

Lu Fikirlah Sendiri

Comments