Lu fikir la sendiri....

Usah campur hal Islam’
Oleh Haspaizi Mohd Zain

2011/05/02

Tian Chua patut faham masjid urusan JAWI: Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam terutama ahli politik diingatkan tidak mencampuri urusan agama Islam dengan menimbulkan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata soal agama Islam dan juga masjid terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jabatan agama Islam negeri.
Katanya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu faham sensitiviti umat Islam dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik.
“Tian Chua patut faham, masjid urusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI - bagi Kuala Lumpur) dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jangan sentuh sensitiviti umat Islam,” katanya di sini, semalam.

Semalam satu laman portal berita milik PKR melaporkan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu mendakwa walaupun bukan Islam, beliau tahu sumpah laknat yang dilafazkan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu adalah salah.

Tian Chua turut menuduh sumpah laknat yang dilakukan Shazryl Eskay bersama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim sebagai mempermainkan agama Islam.

Bukan itu saja, Tian Chua juga mendakwa masjid berkenaan berada di dalam kawasan Parlimennya dan tindakan Datuk T melafazkan sumpah di masjid berkenaan sebagai menghinanya serta rakyat kawasan itu.
Sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan Anwar supaya bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya mendedahkan keaiban orang lain. Namun, oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah saja.

“Jika beliau (Anwar) tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Memang bukan satu paksaan atau kewajipan, tetapi dapat menghilangkan sangkaan,” katanya.

Comments