Cukup-Cukuplah Hatta, lepaskan saja jawatan

Aku tak tau nak mulakan bicara ini dengan perkataan apa memandangkan masa ini aku masih lagi berada di katil hospital KPJ Tawakkal untuk menjalani rawatan. Namun sebagai pengamal media aku merasakan apa yang dilakukan oleh Presiden NUJ Malaysia, Hatta Wahari, sudah keterlaluan dan mencemarkan bukan saja imej NUJ tetapi juga profesion wartawan di negara ini.

Aku tidak mahu campur urusan Hatta dengan Utusan, itu hak dia dan aku juga menghormatinya sebagai senior dalam dunia kewartawanan, tetapi apa yang dilakukannya sehari dua ini membuatkan aku rasa tidak boleh 'respek' beliau sebagai Presiden NUJ Malaysia.

Hatta kritik Utusan dan juga Berita Harian baru-baru ini aku boleh diam lagi, tapi bila dah naik ke pentas politik untuk memperjuangkan apa yang dikatakan kebebasan akhbar...ini aku tidak boleh terima. Kalau benar mahu kerusi untuk bertanding minta saja dengan pembangkang...

Aku nak tanya Hatta, akhbar mana di Malaysia yang betul-betul bebas tanpa konkongan mana-mana parti politik? cer citer?...Aku rasa la Suara Keadilan, Harakah bakap segala fitnah di negara ini, akhbar harakah tidak pernah menceritakan tentang kebaikan kerajaan, semuanya kesilapan kerajaan saja. Secara logiknya lebih 50 tahun merdeka kita duduk sampai tahap ini, tidak ada kah sekelumit kebaikan yang dilakukan kerajaan? Tapi kalau baca Harakah lebih 50 tahun semuanya kesilapan dan kezaliman dilakukan kerajaan.

Hatta juga berkata bahawa Utusan Malaysia sudah tidak ada orang nak baca dibuang ditepi jalan, yang kau duduk dalam Utusan Malaysia lebih 16 tahun tu apa kejadahnya...rezeki tu datang dari mana? Gunalah akal yang waras...pejuang terdahulu lebih lama berjuang demi Utusan Malaysia berbanding anda.

Kalau hendak kebebasan akhbar, bebaskan juga harakah, suara keadilan, malaysiakini dan lain-lain lagi yang dikonkong pihak tertentu termasuk parti politik. Kalau saudara mahu jadi ahli politik lepaskan saja jawatan NUJ kerana tindakan anda memalukan wartawan di Malaysia...

Comments