Assalamualaikum....


Semalam saya sempat meluangkan masa lebih satu jam bersarapan pagi dengan salah seorang Naib Presiden PAS. Saya sememangnya baik dengan beliau dan kebetulan pula ayahnya berasal dari satu kampung. Kesempatan bersarapan itu kami gunakan untuk menikmati roti canai di bandar raya Kuching, Sarawak, selain berkunjung ke sebuah kedai bagi membeli kek lapis. Kalau datang ke Sarawak tak beli kek lapis tak sempurna.


Sambil menikmati roti canai dengan kuah kari ayam banyak juga saya bertanyakan tentang situasi politik tanah air terutamanya membabitkan pihak pembangkang. Perbualan politik kami dimulakan dengan peluang pembangkang untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April nanti. Bagi Naib Presiden PAS ini adalah sukar untuk pembangkang menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di bumi kenyalang ini, bagi beliau hanya DAP saja yang dilihat agak selesa untuk memenangi kerusi ditandingi.


Parti Keadilan Rakyat (PKR), kedudukan parti ini di Sarawak bagai melukut di tepi gantang, begitu juga degan PAS yang boleh diibaratkan sebagai permulaan bagi perletakkan batu asas untuk bertapak di negeri Sarawak. Baginya rakyat Sarawak tidak begitu suka campur tangan dari pihak luar.


Saya memanjangkan lagi perbualan dengan bertanya mengenai pengagihan kerusi yang mencetuskan ketegangan antara SNAP dan PKR. Beliau berkata itu hanya taktik PKR yang tidak mempercayai SNAP. Mereka beranggapan SNAP boleh mengakibatkan nama pakatan pembangkang tercalar.


Mengapa?


Beliau menjelaskan pada asalnya SNAP hanya memohon empat kerusi saja untuk bertanding, alasannya tiada duit. Tetapi beberapa hari selepas itu mereka mahu menambah kepada enam kerusi dan kemudiannya ingin bertanding 17 kerusi dan apabila ditanya SNAP mendakwa mereka mempunyai kemampuan kewangan. Maka, ia mengundang kerisau dikalangan pemimpin PKR, bimbang calon SNAP akan meninggalkan pembangkang sekiranya mereka memenangi pilihan raya itu nanti. Oleh itu PKR sengaja melengahkan perbincangan itu sehingga mereka tidak mendapat kata putus bersama dengan SNAP.


Itulah sebenarnya yang berlaku, PKR sememangnya tidak percayakan SNAP. Selain bimbang mereka tidak akan berkuasa di Sarawak sekiranya berjaya membentuk kerajaan. Begitulah 'drama' sebenar pakatan pembangkang.


Sekian saja untuk kali ini, ada masa saya akan kupas lagi mengenai isu politik tanah air terutamanya cakap-cakap mengenai pemilihan Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan bulan Jun nanti.




Comments

Unknown said…
http://karas-strong.blogspot.com/