Teks penuh sumpah laknat Datuk Eskay
Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali), pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismillahirahmanirahim...wallahi, wabillahi, watallahi aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum.
- Anda ada akal dan kewarasan untuk menilainya..jadi gunakanlah sebaik mungkin untuk menilai kebenarannya.
Kronologi sumpah laknat Datuk Eskay
2.00 petang - Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat dan sekumpulan penyokong
PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan
sehingga berlaku ketegangan.
2.30 petang - Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk
mengelakkan perkara tidak diingini berlaku
- Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3
2.50 petang - Shamsul Iskandar bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan
solat hajat.
3 petang - keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid
- cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media
3.10 petang - polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan berkenaan
3.40 petang - keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio
- polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam
- sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang
4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
- Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota
polis
- Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis
4.25 petang - Lafaz sumpah selesai.
- Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-
asak ke arah mereka bertiga
- Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: “bawa mereka keluar sekarang’.
- Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta anggota polis
- beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak
- Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku

Comments