Merasai Angin Politik Sarawak

Assalamualaikum dan salam perjuangan...


Alhamdulillah sudah dua hari menjejakan kaki di Bumi Kenyalang, Sarawak bagi menjalankan tugas untuk pilihan raya negeri itu yang akan bermula pada 6 April hingga 16 April. Sekali lagi 'pentas demokrasi' dibuka untuk rakyat Sarawak menentukan pemimpin dan kerajaan yang diharapkan untuk membawa perubahan kepada mereka.


Rakyat Sarawak masih belum 'demam' pilihan raya, cuma kedatangan pengamal media dari Semenanjung membuatkan suasan pilihan raya kini semakin dirasai. Bumi Sarawak cukup unik dan sukar untuk diamati politiknya. Politik di Sarawak tidak sama dengan semenanjung.


Dua hari di Kuching, saya merayau dan mencari bahan berita di sekitar bandar raya ini, penduduk tempatan bila ditanya mengenai pilihan raya negeri, masing-masing menyatakan sukar untuk meramal keputusannya. Cuma masyarakat Cina di bandar nampaknya mahu penjelasan dari Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud tarikh sebenar pemimpin itu akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri yang dipengangnya sejak 30 tahun lalu.


Nampaknya isu pengunduran Taib juga menjadi faktor di sini, begitu juga dengan beberapa isu tempatan yang didendangkan pembangkang perlu dijawab kerajaan. Bagaimanapun secara keseluruhannya 'iklim' politik Sarawak dilihat masih memihak kepada BN dan sukar untuk digugat pembangkang.


BN masih boleh mengekalkan majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini, cuma beberapa kerusi di kawasan majoriti Cina mungkin akan hilang dan menambah bilangan kerusi DAP di DUN Sarawak. PAS peluang untuk menambah kerusi tidak sampai 10 peratus dan PKR masih belum mampu menambah bilangan kerusinya di Sarawak.


Pembangkang sedar usaha untuk merampas kerajaan tidak akan tercapai, tetapi usaha mengurangkan majoriti BN adalah keutamaan mereka serta fokus utama kini adalah untuk mengurangkan majoriti undi Taib Mahmud.

Comments