MENGIKUTI wacana bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai “Bangsa Melayu dan Masa Depannya” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selasa lalu dengan jelas menguraikan apa yang tersirat di sebalik pemikiran negarawan itu.
Ternyata walaupun sudah lebih lapan tahun Dr Mahathir melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri, namun, hasratnya untuk melihat bangsa Melayu maju dan dapat berdiri sendiri dan mencipta kejayaan tanpa bergantung kepada ‘tongkat’ kerajaan terus diperjuangkannya.
Namun, memahami apa yang tersirat di benak fikirannya, ternyata bekas Presiden UMNO itu belum berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi orang Melayu kini dan baginya orang Melayu masih tempang tanpa ‘tongkat’, apatah lagi orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan.
PERPECAHAN MELAYU
Perpecahan Melayu yang pertama bermula apabila segelintir golongan ulama dalam UMNO kecewa dan keluar meninggalkan parti itu serta membentuk parti baru iaitu PAS. Pada masa itu golongan berkenaan beranggapan bahawa kumpulan yang berstatus ulama tidak diberi ruang untuk menjadi wakil rakyat.
Golongan ulama berkenaan kecewa apabila mereka tidak dipilih sebagai anggota Majlis Legislatif sekitar tahun 40-an, padahal pada masa itu belum lagi diadakan pilihan raya dan UMNO belum memutuskan calon yang akan bertanding. Bagaimanapun kewujudan PAS gagal menggugat kedudukan UMNO.
Mengapa golongan ulama tidak dipilih untuk menganggotai Majlis Legislatif, kerana pada masa itu penubuhan majlis berkenaan adalah sebagai medan rundingan dengan British dan semestinya keutamaan diberikan kepada individu yang boleh berbahasa Inggeris.
Namun individu kecewa dalam UMNO terus berlanjutan dari semasa ke semasa sehingga kepada tertubuhnya lagi beberapa buah parti yang di dominasi golongan Melayu iaitu Semangat 46 (S46) yang dipimpin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kesemuanya kecewa kerana gagal mencapai apa yang diinginkan ketika bersama UMNO, namun hari ini ada parti berkenaan sudah dibubarkan dan kembali kepada UMNO serta terdapat parti bakal berkubur tidak lama lagi.
Lebih malang lagi parti yang memecahkan orang Melayu berkenaan gagal membuktikan mereka sebagai sebuah parti tulen berjuang untuk agama, bangsa dan negara, sebaliknya hanya berjuang bagi menggapai impian serta mengintai peluang tersedia.
Hakikatnya, perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan akan mengakibatkan bangsa Melayu itu lemah dan terpaksa bergantung kepada pihak luar. Kesan daripada perpecahan berkenaan, orang Melayu menjadi semakin lemah dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu tidak boleh bertegas.
BINA KEMBALI PERPADUAN
Dr Mahathir berpendapat kekuatan dan kegemilangan orang Melayu hanya boleh dibina kembali melalui perpaduan. Menyorot sejarah perjuangan orang Melayu yang menentang pihak penjajah sebelum merdeka, walaupun mereka tiada kekuatan tentera, miskin dan tiada senjata, tetapi berhasil membebaskan tanah Melayu daripada penjajah British.
Kunci kepada kejayaan itu adalah kerana ‘perpaduan’ dan mereka bersatu menentang golongan penjajah. Misalnya Tok Janggut yang menentang pihak penjajah menguasai kutipan cukai di Kelantan terkorban kerana beliau berjuang seorang diri kerana ingin kuasa mengutip cukai dikembalikan.
Orang Melayu mempunyai kekuatan sekiranya mereka bersatu dan menjadi kuat serta berjuang dengan satu matlamat. Apabila perjuangan dilakukan secara beramai-ramai maka banyak pendapat dan buah fikiran dapat dikongsi selain menampakkan kekuatan bangsa itu sendiri.
Hari ini orang Melayu masih memerlukan ‘tongkat’ ataupun bantuan kerajaan untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, 30 peratus penguasaan dalam ekonomi negara tidak akan tercapai jika membuang tongkat berkenaan.
Ada segelintir orang Melayu yang merasakan dirinya sudah kaya walaupun hakikatnya tidak begitu kaya, mahu ‘tongkat’ dihapuskan serta tidak mahu bergantung terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB), tapi pada hakikatnya Melayu masih ‘tempang’ dan lebih malang lagi jika golongan Melayu berkenaan sedia bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan diimpikannya.
“Orang Melayu perlu menggunakan tongkat (bantuan) yang disediakan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai, untuk jadi kuat dan kaya. Kita boleh tolak tongkat berkenaan selepas boleh berdiri atas kaki sendiri. Jika kita bergantung kepada orang lain maka kita akan duduk di bawah pemerintahan mereka dan akan kehilangan kuasa walaupun orang Melayu menjadi Perdana Menteri.
PAS, PKR dan UMNO
Tiga parti ini pada kaca mata Dr Mahathir mengundang keresahan kepada orang Melayu ataupun kembalinya ‘The Malay Dilema 2’. PAS dan PKR adalah dua parti serpihan yang lahir dari UMNO kerana kecewa serta gagal dalam perjuangan dan dua parti ini berjuang lebih kepada kepentingan sendiri.
PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim perjuangannya cukup jelas adalah untuk membawa ketua pembangkang itu ke Putrajaya bagi merealisasikan impian tidak kesampaian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri setelah dipecat Dr Mahathir pada tahun 1998.
PAS pula sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri, PAS pernah bersatu dengan UMNO dalam PERIKATAN namun berpecah kembali selepas itu. Parti itu dipimpin oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersifat oportunis sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik.
Jika dulu UMNO dituduh kafir kerana berkawan dengan orang bukan Islam, tapi hari ini PAS sanggup berpeluk dengan bukan Islam demi kepentingan politik mereka. Dua parti ini dengan jelas tidak mempunyai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara masih diteruskan UMNO, namun selepas 50 tahun pemerintahnya parti itu perlu dibersihkan daripada pelbagai tohmahan serta penyakit terutamanya rasuah. UMNO perlu dibersihkan daripada gejala berkenaan terutamanya bagi menarik sokongan generasi muda.
UMNO perlu berubah mengikut peredaran masa jika mahu terus kekal relevan, parti yang menunjangi orang Melayu lebih setengah abad itu perlu ditonjolkan lagi sebagai sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding parti pembangkang.
Walaupun baru-baru ini ada usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO demi kepentingan survival politik orang Melayu, tetapi usaha berkenaan tidak akan tercapai kerana dasar perjuangan parti berkenaan cukup berbeza.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin (Datuk Seri Anwar Ibrahim) hanya mahu ke Putrajaya saja dan PAS dipimpin Datuk Nik Aziz Nik Mat seorang oportunis, mengambil kesempatan jika ada peluang. Mereka tidak pernah ikhlas perjuangkan agama, bangsa dan negara.
HANG TUAH dan ORANG MELAYU
Pahlawan Melayu terbilang Hang Tuah pernah berkata ‘tak Melayu hilang di dunia’, benar Melayu bagi Dr Mahathir tidak akan hilang dari dunia ini. Tapi apa gunanya jika Melayu yang wujud itu hanyalah mereka yang bekerja sebagai pencuci longkang, miskin dan merempat di bumi sendiri.
Mungkin pada masa itu, tiada gunanya lagi kata-kata pujangga Hang Tuah itu, adalah lebih baik bangsa Melayu tidak lagi wujud pada masa itu jika tidak menjadi ‘tuan’ di tanah air sendiri padahal orang Melayu mempunyai kemampuan, keupayaan untuk berjaya dan kaya.
Tidak mustahil suatu masa nanti orang Melayu akan menjadi suatu kuasa besar, ini kerana sejarah membuktikan mereka berkemampuan untuk menentang penjajah. Cuma persoalannya sejauh mana orang Melayu menggunakan peluang tersedia untuk mengubah diri dan membina kekuatan.
Apalah gunanya ‘tongkat’ yang disediakan jika ia tidak digunakan, berapa banyak peluang disediakan kepada orang Melayu di universiti dan bidang perniagaan. Tetapi lebih ramai yang memilih untuk menjadi ‘mat rempit’ daripada belajar serta ramai bergelar ‘ali baba’ daripada menjadi bangsa berjaya.
Orang Melayu akan menjadi bangsa berjaya dan disegani jika ramai golongan cerdik pandai dilahirkan serta semakin ramai yang kaya dan berjaya. Tidak mustahil Melayu akan menjadi bangsa terbilang dan mampu mencipta tamadunnya tersendiri.
ends.

Comments