Interlok: Satu Penyelesaian Yang Gagal

Kemelut novel yang dianggap kontroversi oleh golongan minoriti di negara ini sudah dimuktamadkan. Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tetap mempertahankan novel 'Interlok' sebagai teks sastera bagi pelajar sekolah.

Cuma yang tidak sedap di dengar pula, apabila kerajaan membuat keputusan untuk menggugurkan perkataan 'paria' yang kononnya menyentuh sensitiviti masyarakat India di negara ini, menyebabkan orang Melayu kurang senang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai pengecut dan tunduk kepada kehendak kaum minoriti ini.

Bukan marah kerana tunduk dan memberi apa yang diinginkan kerana semua kaum dalam negara ini ada haknya, tetapi salahkah perkataan 'paria' itu diguna pakai kerana ia adalah satu fakta yang dipetik oleh penulis novel. Jika perkara fakta itu ingin diubah, ini bermakna kita mengubah sejarah.

Cuba kira berapa banyak permintaan golongan ini kerajaan sudah perkenankan dalam tempoh terdekat, tapi sejauh mana tindakan kerajaan terhadap pihak yang mempersoalkan tentang agama Islam dan hak orang Melayu?

Sejauh mana tindakan diambil terhadap pihak yang mempersoalkan tentang laungan azan misalnya.

Mengapa kerajaan pimpinan BN ini perlu tunduk?

MIC pun satu masalah juga, nak tunjuk lagak kononnya merekalah pejuang kepada masyarakat India. Umum sudah tahu MIC kini semakin hancur, orang India sudah tidak percaya lagi, namun, mengapa kerajaan BN tunduk.

MIC kini adalah libaliti kepada UMNO dan BN, cuba kita nilai berapa banyak sumbangan MIC dalam membantun BN dan UMNO. UMNO dan BN hari ini menggalas biawak kurus yang akhirnya terkam kepada tuan sendiri.

Di mana kebebasan sasterawan untuk berkarya dan sejauh mana Muhyiddin memikirkan soal maruah penulis novel bertaraf sasterawan negara apabila karya aslinya diubah suai.

fikirkanlah wahai rakyat Malaysia...mungkin juga lepas ini filem Bukit Kepong akan diharamkan kerana dalam filem itu orang Cina adalah komunis...ini adalah fakta.

Comments