Bila hati MSO sudah hijau

Salam perjuangan....

Ketika menanti masa untuk pulang dari kerja saya ada terbaca satu artikel yang ditulis MSO dalam laman blognya www.msomelayu.blogspot.com. Artikel mengenai kerja-kerja untuk menghias bangunan UMNO dekat PWTC.

MSO mempersoalkan usaha untuk mencerahkan bagunan UMNO itu dari mana sumber kewangannya datang? selain menyifatkan ia akan mengembungkan poket pihak tertentu. Dasar 'otak hijau' nak cerahkan bagunan UMNO pun dia boleh iri hati.

Usah tanya dari mana wang itu diperolehi, sebagai orang lama MSO sudah tentu boleh tahu kemampuan UMNO, parti yang bertapak lebih 60 tahun ini bukan saja mampu menghias bangunan malah membina bagunan sendiri...jadi apa salahnya kalau UMNO nak hias bagunannya, kenapa yang MSO sibuk.

Artikel MSO seolah-olah hendak menunjukkan UMNO ini sebuah parti yang korup dan sebagainya dengan menimbulkan pelbagai tanggapan jahat?

Jadi kepada penulis blog MSO separuh cerdik ni, apa kita nak kata dengan tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang memberi wang kepada orang asli pada musim kempen pilihan raya kecil di DUN Galas, sebelum lihat kuman disebelah laut, cermin dulu diri sendiri....

Comments