DAP: Hapuskan DEB

KEPALA BATAS, 19 Dis: Reformasi ekonomi terpenting yang bakal diperkenalkan Pakatan Rakyat ialah menukar sasaran daripada ekuiti asas perkauman amalan Barisan Nasional sekarang kepada ekuiti isi rumah untuk semua rakyat.

"Ekuiti asas perkauman seperti diamalkan sekarang telah menyebabkan penderitaan rakyat kerana pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional menyelewengkan pembahagian ekonomi atas nama kaum untuk suku sakat mereka," kata Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke ketika membentangkan kertas kerja utama Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah mendedahkan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius akibat corak pemerintahan yang mengenepikan hasrat rakyat.

"40 peratus rakyat Malaysia sekarang berpendapatan RM1500 sebulan dan berada di bawah paras kemiskinan dan daripada kumpulan ini tiga per empat adalah dari kalangan orang Melayu," katanya.

Lebih parah kata beliau, 34 peratus rakyat negara ini mendapat gaji kurang RM700 sebulan dan dalam keadaan sekarang angka pendapatan ini boleh dikategorikan dalam kumpulan miskin tegar.

Anthony turut menyenaraikan tindakan-tindakan yang bakal dilaksanakan Pakatan sebaik diberi mandat mentadbir negara ini.

"Saya mewakili YAB Perdana Menteri kerajaan baru mengumumkan tol dihapuskan, mengembalikan subsidi minyak dan keperluan asas rakyat, Wi-Fi percuma di kawasan bandar dan sub-bandar, menghapuskan penswastaan sektor kesihatan, dan skim satu rumah satu keluarga," kata beliau,

Dipetik daripada Harakah Daily.net

....Belum pun membentuk kerajaan, pakatan pembangkang ini nampaknya sudah mempunyai perancangan untuk menghapuskan keistimewaan Bumiputera yang masih belum mencapai 30 peratus penguasaan dalam kek ekonomi negara. Apakah perkara ini tidak nampak oleh pemimpin Melayu dalam pakatan itu, ataupun ‘membutakan mata’ demi kepentingan politik mereka.

Lebih malang lagi ‘kegilaan’ pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri jelas tampak apabila sudah mengumumkan beberapa ‘angan-angan’ baru kepada rakyat walaupun kaki mereka belum lagi mencecah Putrajaya.

Puak-puak ini jika diberi kuasa untuk mentadbir Putrajaya kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara, barangkali Malaysia pun dijualnya. Belum lagi membentuk kerajaan sudah ada impian untuk merampas pelbagai hak orang Melayu.

Kepada orang Melayu fikirkanlah masa depan untuk anak cucu kita..

yap..adios.

Comments