PKR: ANWAR DAN ZAID MANUSIA DUA ALAM

Kebetulan masih ada masa lagi duduk kat ofis dan sudah lama tidak bercakap pasal dunia politik tanah air yang semakin 'caca marba' digaul dan diuli oleh pembangkang, terutama Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas ke Amerika Syarikat dan melutut dengan Yahudi bagi memohon maaf, mamat ni terus memburukkan nama negara dengan mendakwa badan kehakiman negara tidak telus. Barangkali badan kehakiman negara akan dianggap telus jika semuanya memihak kepada Anwar.

Badan kehakiman negara akan dianggap telus adil dan saksama sekiranya Anwar menang dalam kes 'main belakang' yang dihadapinya kini, juga dianggap baik sekiranya segala samannya terhadap akhbar dan musuh politik akan memihak kepadanya.

Beginilan cara politik sesumpah ataupun makhluk 'dua alam' yang bernama Anwar.

Begitu juga dengan mangkuk ayun yang gila kuasa ataupun 'Melayu Murtad' Datuk Zaid Ibrahim yang menyerang Utusan Malaysia yang dikatakan mula menyerangnya apabila memaparkan gambarnya dengan Raja Petra Kamaruddin.

Biasala dunia politik, kenapa Zaid perlu marah ataupun takut,macam tu juga dengan akhbar Suara Keadilan melaporkan segala fitnah bagi menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini bagi merealisasikan impian Anwar ke Putrajaya.

Mengapa Zaid perlu marah ataupun gusar, kerana sebelum ini bukankah Zaid juga yang memperjuangkan 'kebebasan Media'. Bila kena kepala sendiri mula la marah.

Kepada Zaid kalau betul anak jantan jawab la segala pertuduhan jangan hanya berdolak dalih saja...jangan cakap tak serupa bikin.

Orang Kelantan tahu siapa Zaid sebenarnya???????

Comments