Wang Ihsan atau royalti?

Salam....

Sudah lama mendiamkan diri, hari ini saya rasa untuk menulis sedikit mengenai isu royalti minyak yang membabitkan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan Darul Naim. Sebelum ini saya tidak pernah menyentuh tentang isu ini.

Soal royalti ataupun wang ehsan, apa yang lebih penting? bagi saya yang penting adalah 'duit'. Kerana tidak kira wang ehsan ataupun royalti kedua-duanya adalah duit. Tetapi mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak mahu menerima 'duit' terbabit.

Mengapa kerajaan Pas Kelantan turut mendesak untuk menuntut royalti, sedangkan kerajaan persekutuan menyatakan Kelantan tidak layak untuk mendapatkan royalti. Persoalannya untuk siapa duit itu.

Untuk kerajaan Pas Kelantan ataupun untuk rakyat Kelantan?

Itu persoalan yang perlu dijawab dan dikupas sebaik mungkin oleh pemimpin kedua-dua belah pihak.

Sebagai anak jati Kelantan, saya kira alangkah manisnya jika duit (wang ehsan) itu digunakan untuk pembangunan negeri yang agak ketinggalan sedikit itu (berbanding negeri pimpinan Barisan Nasional).

Alangkah indahnya jika wang ehsan itu diagihkan kepada golongan miskin tanpa mengira parti ataupun agama yang peting anak Kelantan yang layak menerimanya. InsyaAllah dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan yang paling penting jangan 'orang politik' baik Pas ataupun Umno yang mengagihkannya.

Alangkah indahnya juga jika duit terbabit digunakan untuk melebarkan dan menambah baik lebuh raya yang ada di negeri Kelantan terutamanya di kawasan Gua Musang, nescaya anak Kelantan diperantauan dapat pulang ke kampung dengn selesa dan selamat.

Alangkah indahnya juga jika duit itu dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyat Kelantan. Kerana sudah hampir 20 tahun rakyat Kelantan menikmati air kuning.

Alangkah indahnya jika duit itu dibelanjakan untuk membina kediaman kepada ibu tunggal, bantuan kepada anak yatim dan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat Kelantan.

Dan paling penting...jangan sesekali duit itu masuk kantung parti politik baik Umno mahupun Pas, sebagai anak Kelantan yang ada hak saya tidak halalkan duit itu masuk kantung mana-mana parti politik untuk kepentingan politik mereka...

Kepada kerajaan Pas Kelantan usah politikan perkara itu, jika merasakan diri mereka benar bawa saja tuntutan royalti itu ke mahkamah..kerana kerajaan persekutuan sedai untuk melawannya.

Usahlah berpolitikm lagi..sampai mati politik tak habis..sekarang masa untuk buat kerja dan menunaikan janji kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada kempen pilihan raya dulu..kerana itu adalah amanah cukup besar.

Comments

INSAN said…
kamu masih baru..dah harus memandand isu royalti atas dasar perjanjian yang telah dicabuli.
Semut Politik said…
masih baru???? siapa yang masih baru sebenarnya...bila pula ada perjanjian yang dicabuli