Sudah lama saya tidak 'update' laman blog ini kerana kesibukkan yang mengekang saya untuk menjenguk laman ini. Namun hari ini disebabkan satu artikel daripada sudara MSO (Mohd Sayuti Omar) saya terpanggil untuk mengaktifkan kembali blog ini.
Sebagai pengamal media, saya rasa amat terkilan dengan tulisan MSO:
Bila Pula PR Hendak Adakan Anugerah Untuk Wartawan?
MALAM tadi telah berlangsung majlis penyampaian anugerah Malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 anjuran Umno.
Nampaknya Umno mendahului parti-parti politik lain dalam melayan, meraikan dan memberi penghargaan kepada para wartawan dan petugas media massa negara ini.Kalau langkah Umno itu sebagai mewakili BN, bermakna BN menyedari akan hakikat ini dan BN telah mendahului Pakatan Rakyat (BN) dalam bermesra dan bermanja dengan para wartawan.
Malam tadi berbagai hadiah dan anugerah telah disampaikan kepada para pemenang. Semuanya dari media massa yang menjadi penjilat buntut kerajaan UBN. Jelas anugerah itu hanya untuk kalangan yang menyokong UBN saja. Maka wartawan yang mengkritik, memberi pandangan menentang parti berkenaan bukan saja tulisan mereka tidak berpeluang dinilai, diundang pun tidak.
Bagi saya perkataan 'Media massa yang menjadi penjilat buntut kerajaan UBN', adalah terlalu biadap dan tidak beretika.
Saya ada persoalan kepada saudara MSO, apakah beliau bukan pengamal media yang menjilat buntut Husam Musa, Anwar Ibrahim dan juga Tok Guru. Tulisannya dan akhbarnya (permit disewakan kalau tak silat) adalah media yang bukan saja menjilat buntut malah turut mencuci buntut pemimpin pembangkang.
Apakah Harakah memberi liputan yang adil dan saksama? Harakah juga menipu, apa yang digambarkan dalam akhbar itu semuanya kebaikan pemimipin pembangkang, seolah-olah tiada kesilapan langsung. Maksum kah pemimpin pembangkang ini. Apakah Harakah dan media pembangkang membuka ruang kepada pemimpin Umno ataupun BN mengkritik pemimpin mereka.
Apatah lagi laporan yang dikeluarkan juga turut diputar belitkan. Saya ada pengalaman dengan Harakah, sewaktu membuat liputan Nik Aziz di Kota Bharu. Pada musim banjir tahun 2008.
Di dalam bilik Menteri Besar, yang ada pada masa itu saya dan seorang wartawan Harakah, Nik Aziz berkata banjir yang melanda kali ini adalah bala dari Allah s.w.t. Namun Harakah tidak cerita pun apa yang Nik Aziz cakap banjir itu bala, sebaliknya mengatakan Nik Aziz suruh sedekahkan daging korban kepada mangsa banjir.
Untuk pengetahuan MSO, media juga ada etika, mereka menulis mengikut etika...hairan juga mengapa pemimpin pembangkang tidak saman akhbar dan wartawan sekiranya apa yang ditulis tidak betul.
Bukan seperti 'media massa penjilat jubor' Pakatan Rakyat (PR) hanya tahu memburukkan kerajaan saja dan tidak pula membongkarkan penyelewengan pemimpin mereka.
Kalau MSO kata PR tidak ada bajet untuk meraikan media massa itu tipu. Pemimpin pembangkang pun kaya raya. Tapi mereka hanya tahu kenyangkan perut mereka orang lain peduli apa. Guna media bila perlu, bila tak mahu ketepikan saja.
Buat si penjilat jubor MSO, sedarlah diri itu sudah berumur..matanglah kalau nak menulis jangan main sedap mulut juga. Kerana sebahagian besar wartawan yang PRO UBN ini adalah anak Melayu dan beragama Islam.
Inikah cara bertutur dan etika penyokong PR...renung-renungkan lah.
Comments