‘Bagai cacing kepanasan’ itulah ungkapan yang paling tepat buat Pas yang kian dihambat masa ekoran kemenangan kian tampak menyebelahi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Dalam kesuntukan masa, Pas menggunakan pelbagai helah bagi “menipu” rakyat Bagan Pinang dan pelbagai isu lapuk yang tiada kaitan langsung ditimbulkan dengan harapan rakyat kasihan kepada mereka.
Sebelum hari penamaan calon lagi, Pas yang gentar berdepan BN mula mencipta pelbagai helah untuk dijadikan alasan kepada rakyat sekiranya parti itu kalah. Isu undi pos bakal dijadikan alasan utama sekiranya parti itu kalah.
Pas yang memerlukan talian hayat di Bagan Pinang untuk membuktikan mereka kini sedang membina gelombang untuk menenggelamkan BN, terpaksa menggunakan khidmat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu kempennyad.
Anwar yang dikatakan akan tiba di tanah air hari ini dikatakan bakal membuat sentuhan terakhir untuk mengubah pendirian pengundi kononya. Bagaimanapun rakyat Bagan Pinang sudah lali dengan pembohongan Ketua Pembangkang itu dan beliau tidak relevan di Bagan Pinang.
Rakyat Bagan Pinang, sudah menjangkakan beberapa isu lapuk yang akan dijual Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada rakyat Bagan Pinang, namun rakyat sudah lali dengan muslihat murahan Anwar.
Anehnya pemimpin ‘otai’ Pas yang turun ke medan ceramah di Bagan Pinang juga gagal untuk menarik minat pengundi, bagaimanapun mungkin juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz, akan turun padang pada saat akhir untuk mengeluarkan fatwanya di sini.
Terbukti pengundi Bagan Pinang menolak Pas dan mereka masih ingat akan jasa calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad, yang banyak membantu rakyat ketika menjadi Menteri Besar dulu.
Buktinya ceramah Pas tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan ia diakui sendiri oleh pemimpin Pas termasuk pucuk pimpinannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semakin hampir 11 Oktober dan Pas semakin tertekan pelbagai isu dan tuduhan ditimbulkan. Pengarah Induk Pas bagi pilihan raya itu, Salahuddin Ayub, menuduh anggota keselamatan lembap ketika menjalan tugas di sini.
“Saya harap pihak polis bertindak lebih aktif, kerana pihak polis lembap,”
Ia berikutan beberapa insiden yang didakwanya polis lambat bertindak dan tidak berlaku adil. Bukan itu saja Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, turut menuduh pihak berkuasa yang ada di negara ini zalim.
Melihat kepada tuduhan yang dilemparkan pemimpin Pas kepada anggota keselamatan, jelas menggambarkan mereka tidak pernah menghormati akan pengorbanan dan penat lelah golongan ini menjaga keamanan.
Dalam masa yang sama parti yang kononnya Islamik ini turut meraih simpati mendapatkan undi daripada anggota tentera. Apakah wajar pasukan keselamatan memberi undi pada parti yang bermuka-muka ini.
Anggota tentera perlu lebih mengenali kepalsuan parti pembangkang yang hanya pandai bercakap bagi meraih simpati dan dalam masa sama turut memperlekeh dan merendahkan martabat anggota keselamatan.
Begitu juga rakyat, mereka perlu kenal yang mana permata dan kaca. Sejak sekian lamanya BN sudah berjasa kepada rakyat Bagan Pinang dan tidak ada alasan untuk mereka menolak BN.
Bercakap mengenai isu pembangunan di Port Dickson yang akan diperjuangkan calon Pas, Zulkefly Mohammad Omar, terutamanya bagi mendapatkan jalan raya labih baik, mampukah beliau menyediakan semua ini jika menang.
Lebih lucu lagi, pembangunan di Bagan Pinang dan Negeri Sembilan dibandingkan dengan pembangunan di Kelantan. Apakah Pas sudah kabur penglihatannya.
Dengan kata lain hanya manikam mengenal jauhari dan hanya rakyat Kelantan yang lebih mengetahui sejauh mana majunya negeri serambi Mekah itu yang dipimpin Pas. Zulkefly boleh menipu pengundi Bagan Pinang, tapi tidak boleh menipu rakyat Kelantan.
Sistem jalan raya di Kelantan terutamany di Gua Musang amat teruk berbanding negeri Pantai Timur lain, malah berapa ramai rakyat negeri Kelantan menggunakan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) yang cukup selesa untuk pulang ke kampung berbading Gua Musang, terutamanya pada musim perayaan.
Malah, pada Aidilfitri lalu selama seminggu penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu (dibeberapa bahagian contohnya di Bachok) berdepan dengan masalah tekanan air rendah sehinggakan hendak mandi susah.
Perkara ini sudah lama dibangkitkan rakyat negeri itu, namun tidak ada jalan penyelesaiannya, sepatutnya dalam tempoh hampir 20 tahun Pas mentadbir negeri itu ia sepatutnya sudah matang dan mampu menangani masalah rakyat, tetapi tetap gagal.
Apakah penduduk Bagan Pinang mahu menggadaikan keharmonian dan keselesaan hidup mereka dengan menyerahkan nasibnya kepada pimpinan Pas yang sudah terbukti gagal dan hanya pandai bercakap.
Justeru pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah medan terbaik untuk rakyat mengumpulkan segala kekuatan, menolak calon Pas dan memenangkan BN.

Comments