Undi Pos Alasan Pas Elak Malu Jika Kalah

Oleh Haspaizi Mohd Zain
(Dipetik: Berita Harian)
SELAIN isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan Pas setiap kalipilihan raya diadakan, undi pos juga dijadikan polemik mereka apabilamerasakan kesukaran untuk memenangi kerusi yang akan ditandinginya.
Namun isu pengundi hantu dan undi pos tidak pula dibangkitkan sekiranyaPas memenangi kerusi terbabit. Alasan demi alasan akan ditonjolkan Passekiranya mereka kurang yakin untuk menang.
Secara kebetulan kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, mempunyai kira-kira4,000 pengundi pos dan ia adalah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Melihat kesukaran untuk merampas kerusi terbabit daripada BarisanNasional (BN), Pas awal-awal lagi menjadikan undi pos sebagai halanganuntuk mereka menang dan mempertikai ketelusan sistem undi pos.
Tetapi jika kerusi yang kosong itu disandang pembangkang, nescaya Pasdari awal lagi akan mendabik dada bahawa mereka akan menang di kawasanitu. Berbeza di Bagan Pinang Pas bagaikan tiada `nafsu' untuk bertanding.
Isu undi pos yang dipertikaikan Pas dipersoalkan Naib Presiden Umno,Datuk Seri Hishammuddin Hussein, baru-baru ini. "Saya hendak tanya kepada pembangkang, jika ada kawasan yang merekamenang, mengapa tidak dibangkitkan isu undi pos," katanya.
BN tidak pula mempersoalkan kemenangan Pas di kawasan yang mempunyaiundi pos. Contohnya di Parlimen Kuala Terengganu, kerusi BN jatuh ketangan Pas. Sedar akan laluan yang cukup berliku di DUN Bagan Pinang dan juga untukmengelak malu jika kalah, maka awal-awal lagi Naib Presiden Pas, DatukMahfuz Omar, mendakwa undi pos adalah ancaman kepada parti itu untukmenang.
"Ancaman kita di sana adalah undi pos yang mana jumlahnya agak besar.Jika tidak disabitkan undi pos, Pas hanya tewas kepada BN dengan majoriti500 undi pada pilihan raya umum lalu.
"Anggota tentera yang membuang undi secara pos bukan saja menerimakertas undi, tetapi perlu melengkapkan borang khas yang perlu dikepilkanbersama dengan kertas undi sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat.
"Pada borang itu pengundi perlu melengkapkan maklumat dirimasing-masing dan ia akan membimbangkan anggota tentera untuk mengundisecara jujur sekiranya ingin memilih pembangkang," katanya
Bagaimanapun BN tidak boleh terlalu yakin bahawa undi pos akan memihakkepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktobersebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian bagi pilihanraya kecil itu.
Beberapa perubahan yang dibuat SPR sebelum ini menjadikanundi pos lebih telus. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti SainsMalaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata tidak bermaknapengundi pos dan juga kakitangan kerajaan akan menyokong BN.
"Jangan kata mereka yang mengundi secara pos akan menyokong kerajaandan jangan juga yakin bahawa kakitangan kerajaan akan pangkah BN. Gayapengundi kini sudah berubah dan kita melihat banyak juga yang tidakmemihak kepada BN.
"Oleh itu BN perlu melakukan beberapa perubahan bagi mempertahankankerusi itu, usah berkempen secara streotaip dan asyik menawarkanpembangunan, cara berkempen BN perlukan sentuhan baru," katanya.
Namun, katanya faktor utama yang akan menentukan kemenangan BN padapilihan raya itu nanti ialah calonnya. BN perlu mempertaruhkan calon yangbenar-benar 'bersih' bagi memenangi hati pengundi kawasan itu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun menegaskanundi pos dilaksanakan secara telus tanpa mengenakan sebarang `ancaman'kepada pengundi yang tidak memihak kepada parti kerajaan.
Sambil merujuk pada dakwaan Pas bahawa undi pos memberi ancaman kepadaparti itu, beliau menganggap tindakan sedemikian seperti takut padabayang-bayang sendiri.
"SPR cukup telus dan sudah melakukan banyak pembaharuan termasukterhadap sistem undi pos yang boleh menimbulkan banyak kekeliruan dan bantahan.. Malah, dengan tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yangmemihak kepada pembangkang sudah cukup membuktikan bahawa SPR telus dalammelaksanakan tugas," katanya.

Comments