Ramadan Bulan Rahmat Dari Allah

Selamat datang ya Ramadan...semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini, bulan pengampunan, digunakan sebaik mungkin umat Islam di negara ini bagi menambah amal kebaikan.
Begitu juga dengan kehadiran bulan Ramadan kali ini yang menyaksikan dua parti yang ditunjangi oleh orang Melayu dan Umat Islam iaitu Umno dan Pas, sedang bertarung bagi merebut kerusi N11 (Dun Permatang Pasir Pulau Pinang).
Walaupun Pas menanggap pilihan raya kecil itu sebagai "perang badar", namun harus diingat yang mereka tentang adalah Umno, bukannya orang kafir yang sememangnya menjadi musuh umat Islam.
Justeru, kepada semua pemimpin kedua-dua belah parti, berkempenlah secara berhemah tanpa mengaibkan ataupun merosakkan imej Islam itu sendiri.
Kerana ketika ini, kita sesama bangsa dan agama bertelingkah, namun, pemimpin parti lain (bukan Islam) baik dipihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat, bertepuk tangan melihat perpecahan umat Islam.
Alangkah baiknya sekiranya keberkatan Ramadan kali ini digunakan untuk membina ukhwah antara dua parti ini yang sememangnya diharap dapat membela umat Melayu Islam di negara ini.
Selamat berpuasa buat semua..gandakanlah ibadat dalam bulan yang penuh barakah ini....

Comments