N.Gobalakrishnan Gila.......


Setahun lalu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan gelaran ‘Sivaji The Boss’ oleh para pengikutnya.

Kini semasa pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh, anak didiknya N. Gobalakrishnan melagakkan watak Sivaji apabila bertindak ibarat hero filem Tamil itu.

Mana tidaknya, dalam kawasan larangan untuk berhimpun, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang naik ‘minyak’ ekoran sorakan sokongan para penyokong telah mengetuai ejekan kepada Barisan Nasional (BN), UMNO, Perdana Menteri dan polis.

Tindakannya yang cuba menonjolkan dirinya ‘hero rakyat’ itu telah menyebabkan pihak polis meminta beliau agar tidak membuat tindakan provokasi di kawasan larangan berkenaan.

Insiden berlaku sejurus beliau keluar dari kawasan pusat penamaan calon dan disambut dengan tepukan dan sorakan oleh para penyokongnya dan beliau terus ke arah penyokong yang berada di seberang jalan di dalam kawasan berpagar sambil bersalaman dan melaungkan slogan ejekan kepada BN dan UMNO serta polis

Memang dasar setan.................

Comments