Ke mana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘membawa atau melarikan diri kali ini’?
Untuk apa?
Apakah negara ini tidak selamat untuknya?Apakah UMNO sebagai parti yang menjamin wujudnya keselamatan dan kestabilan negara akan bertukar ganas?Kita semua masih ingat apabila timbul kes liwat Edisi Kedua, Anwar melarikan diri ke Kedutaaan Turki .
Riuh satu pelusuk negara kononnya Anwar akan diapa-apakan.Keselamatannya kononnya dalam bahaya.Kini timbul pula kononnya Anwar merasakan dirinya tidak selamat.
Berhati-hati, Anwar mungkin akan membuat salinan peristiwa seperti ‘mata lebam’ pada 1999.Ternyata perlindungan di kedutaaan Turki muslihat sahaja. Anwar selepas itu bebas sebebasnya sehinggalah timbul kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.
Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.Kelmarin, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.Kenapa Anwar bimbang, kenapa takut?
UMNO hanya melaungkan beliau sebagai pengkhianat. Tidak lebih daripada itu. UMNO bukan parti ganas – menunjuk perasaan ganas atau menentang polis seperti parti dan pakatan yang dipimpinnya.
Aneh hantu pun takut hantu!Kelmarin, tiba-tiba sahaja Anwar mengatakan UMNO perlu bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
"Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya."Saya telah diberitahu bahawa terdapat usaha daripada pemimpin dan bekas pemimpin Umno untuk lakukan sesuatu bagi mengganggu mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang akan kita adakan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkauman."Baru inilah nampak Anwar ‘takut’ tetapi ketika menjadi pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO pada 1980-an, Anwar bukan sahaja Nampak berani mati tetapi akan melakukan apa sahaja, termasuklah dalam isu berkaitan Melayu-bukan Melayu dan Islam bukan-Islam.
Comments