Alahai Ustaz Akhil Hai-Hai


Menyampah pun ada...meluat pun ada..itulah dasar penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy yang berada di pentas Pas, sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Waheeda (nak kata terkenal pun dua tiga lagu je).

Walaupun si Waheeda menafikan perceraian Akhil disebabkan kehadiran beliau sebagai orang ketiga...namun...kini ia sudah terbukti.

Sebaik saja bercerai dengan bekas isterinya, habis tempoh edah saja Ustaz Akhil kita ni terus berkahwin dengan Waheeda....anda berhak menilai sejauh mana keikhlasan dan kemuliaan penceramah Pas ini..aku tak nak komen banyak buang masa je.

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.


Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.


Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.


Manakala bekas isteri Akhil terpaksa pula bersusah payah cari makan untuk menyara kehidupan keluarga.


Budak Baru : buat ustaz akhil lain kali jangan dok memburukkan sangat orang ketika berceramah di pentas politik.

Comments