Hari ini aku malas nak menulis tentang dunia politik..aku mahu tinggal sekejap mengenai politik. Malah aku menulis hari ini sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihatiku sebagai seorang manusia biasa yang sememangnya tidak dapat lari dari resam kehidupan dunia.
Aku kini bertugas sebagai wartawan dengan sebuah syarikat akhbar yang sudah lama bertapak di negara ini. Sebelum ini aku bertugas sebagai wartawan sambilan di sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan syarikat tersebut.
Aku bukanlah nama besar dalam dunia kewartawanan...ibarat "Budak Baru" yang baru bertatih dalam dunia penulisan ini. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam bidang ini.
Namun, sewaktu aku di Pantai Timur dulu, aku turut menyertai kelab wartawan di negeri terbabit. Walaupun wartawan sambilan aku tetap menyertai kelab itu. Namun nama aku ini tidak lah sepopular nama sahabat lain.
Tetapi aku tidak pula dengki ataupun iri hati dengan sahabat aku yang lain (sumpah demi Allah). Namun aku perhatikan sejak aku berpindah ke sini kelab itu banyak sekali mengadakan program bagi meraikan ahlinya.
Hujung tahun dulu meraikan ahli-ahli kelab yang juga sahabat ku yang berpindah ke tempat lain. Majlis diadakan dengan penuh bermakna kembali.
Begitu juga yang terbaru, ada juga beberapa majlis yang diadakan bagi meraikan sahabat-sahabat ku juga. Alhamdulillah....aku bersyukur (sekali lagi aku bersumpah demi Allah tidak ada sedikitpun rasa iri hati pada mu sahabat-sahabatku yang dirai).
Bagaimanapun pada pengamatan ku...apabila aku diterima sebagai wartawan sepenuh masa di syarikat yang aku bertugas sekarang.............tiada apa pun dari Kelab itu untuk aku.
Aku bukan minta diadakan majlis untuk meraikan kejayaan ku ataupun sebaliknya...cukuplah jika aku mendapat surat pengharagaan ataupun ucapan tahniah daripada kelab itu.
Bukan apa aku terasa sedikit....
Kerana...bila nak adakan majlis, cth: hari keluarga, aku adalah antara manusia yang turut menyumbang mencari sponsor untuk menjayakan majlis. Mungkin pengorbanan dan jasaku amat kecil dan tiada nilainya.
Buat sahabat semua...aku memohon maaf sekiranya apa yang aku tulis ini menyingung perasaan kalian. Sekali lagi aku katakan sumpah demi Allah aku tidak iri hati kepada sesiapa pun antara kita semua sahabat-sahabatku...aku cuma terkilan sedikit dan ini lah caranya untuk aku meluahkan apa yang terbuku dilubuk hati ini.
Ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan.
Comments