Siapa yang tak betul sebenarnya?

Budak baru ingin respons sikit terhadap kenyataan ahli baru Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang mengajak Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk menyertai sama parti yang baru disertainya itu.

Siapa yang cuba bermain api dan siapa yang memulakan dulu sebenanrnya soal lompat-melompat parti ini?

Jik Umno dan Barisan Nasional (BN) berjaya meraih sokongan dua Adun PKR dan seorang Adun DAP di Perak, maka bermacam tuduhan dilemparkan, BN dicemuh, Umno dikatakan perompak dan kerajaan BN Perak dikatakan kerajaan Haram kononnya.

Tapi kalau pembangkang buat tak apa? Inilah sikap pemimpin yang munafik (barangkali) yang disiang harinya bercakap lain dan malam lain pula nadanya...Ini lah yang dikatakan manusia yang "menjilat kembali ludahnya".

Malah, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menyokong tindakan Zaid, katanya, Ku Li kini dilihat lebih lantang menyerang BN.

Inilah kelebihan BN dan Umno yang mana ahlinya bebas bersuara dan menghentam sekiranya perlu...Ku LI tegur untuk kebaikan jika dilihatnya ada kepincangan.

Tidak seperti ahli Pas yang tidak berani untuk menegur pemimpinnya..apa yang dikatakan pemimpinnya semua betul. Siapa pemimpin Pas baik Pemuda, Presiden dan Ulama Pas yang berani nak tegur NIk Aziz yang dianggap cukup "Maksum"....kalau ada yang berani dicabar buat perkara ini.

oleh itu sama-sama lah kita semua fikirkan

Comments