PKR: Parti Kumpulan Pencen

Selepas bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang disingkirkan dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng, pula mengikut jejak itu.

Nampaknya, PKR kini menjadi tempat golongan ataupun kumpulan yang dibuang dari Umno mahupun parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga mereka yang tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN untuk meneruskan nadi politiknya.

Parti PKR dijadikan talian hayat bagi mereka untuk meneruskan apa yang dihajati dan turut serta berjuang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun sehari.

Adalah lebih baik Anwar Ibrahim menukar nama parti itu daripada PKR kepada Parti Kumpulan Pencen (PKP).

Jadi dengan kemasukkan lebih ramai lagi kumpulan itu dalam PKR, maka parti itu bakal tiba ke penghujung usianya...ini kerana Zaid dan Jui Meng, sememangnya ada agenda mereka yang tersendiri...dan tidak mustahil mereka akan merebut jawatan Anwar kini.

Comments