Mahfuz: Abg Uji Kualiti Rendah


Walaupun keputusan PRK Manek Urai, Kuala Krai, sudah ternoktah apabila kemenangan menjadi milik "Uji Ike" dengan meraih majoriti 65 undi berbanding calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Ramai yang memperkatakan tentang keputusan itu...ada yang mengatakan gelombang biru mula bangkit di Kelantan, terutamanya undi kumpulan muda semakin meningkat.


Ada juga yang mengatakan BN turut menang pada pilihan raya itu, iaitu memperoleh kemenangan moral setelah gagal mempertahankan majoriti 2/3 pada pilihan raya umum lalu dengan mengurangkan undi Pas di kubu kuatnya.


Tidak kurang juga yang mengatakan keputusan itu disebabkan populariti Nik Abdul Aziz semakin merosot serta bukti Pas semakin ditolak rakyat Kelantan.


Apapun keputusan itu membuatkan pemimpin Pas Kelantan yang angkuh "terduduk" dan "terdiam" seketika. Mana tidaknya, kerana mereka yakin akan menang dengan majoriti besar.


Namun saya tidak mahu memperkatakan perkara itu...


Cuma apa yang saya ingin perkata di sini, apakah wakil rakyat baru Pas itu mampu melaksanakan amanah rakyat..kekurangan pengalaman dan juga tidak berpendidikan tinggi, "abg uji" yakin dia mampu melaksanakannya (sejauh mana kebenarannya, tunggu dan lihat saja lah).


Pun begitu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, menyifatkan calon pilihan Pas Kelantan itu tidak berkualiti..beliau berkata demikian ketika dihubungi "budak baru" minta beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya kecil itu.


"Bagi saya walaupun Pas menang dengan majoriti tipis namun rakyat masih menyokong kita berbanding BN, meskipun calon Pas kualitinya rendah.


Berkali-kali Mahfuz mengulangi perkataan "berkualiti rendah"


Apakah maksud yang tersirat disebalik kenyataan itu "hanya Allah saja yang tahu".


Saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya kerana bimbang jika silap ia akan menjadi fitnah...apa-apa pun fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah.



Comments