Kempen Secara Berhikmah

Selamat berjuang buat pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Kuala Krai, yang bakal menyaksikan persaingan sengit pertandingan dua penjuru.

Dalam tempoh berkempen itu "budak baru" berharap masing-masing dapatla berkempen dengan cara aman dan selamat. Jangan timbulkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan keadaan di situ serta memecah belahkan hubungan baik penduduk.

Kerana politik ini dia datang bermusim, lepas habis je "musim" pilihan raya biasanya ia akan kembali normal seperti biasa, kepada pengundi di sana jangan putuskan silaturahim kerana politik.

Berpolitiklah secara baik dan berhikmah dalam memilih pemimpin, kerana jika tersalah pilih kita juga sebagai pengundi yang merana.

Kepada rakan media di sana berilah laporan yang terbaik untuk tatapan rakyat...selamat bertugas kepada semua rakan media...yos, amgos buat kerja bagus-bagus.

Comments