Gunalah saluran yang betul...
Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah mengumumkan akan mengkaji akta kontroversi iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membebaskan 13 tahanan ISA sebaik beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.
Mengapa pembangkang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mengheret rakyat ke tengah jalan dan berarak ke Istana Negara demi kepentingan politik. Sedangkan kita mempunyai saluran yang betul untuk menyuarakan bantahan.
Tidakan GMI ini adalah tidak lebih daripada kesempatan yang digunakan oleh pembangkang (Pas, DAP dan PKR) untuk menghuru-harakan lagi negara dan juga ekonomi ketika ekonomi dunia berdepan masalah.
Malah, ia juga bertujuan untuk menunjukkan kelemahan kepemimpinan Najib kononya, selepas melihat momentum dan sokongan rakyat terhadap aspirasi 1 Malaysia.
Disebabkan kepentingan politik ia akan mengancam keselamatan warga kota, perarakan ini akan mengganggu perniagaan dan juga pemandu teksi untuk mencari rezeki. Kita mengadakan perarakan akta itu demi kepentingan politik pihak tertentu, apakah kita fikir akan kesusahan orang lain dengan apa yang kita cetuskan.
Oleh itu sebelum berarak, baik di pihak menentang dan pihak yang pro-ISA fikirkanlah beribu kali sebelum membuat keputusan. Jangan terlalu mendesak, bila kerajaan ambil tindakan maka dituduhnya kerajaan zalim dan jika polis mengambil tindakan polis dikatakan anjing kerajaan.
Jadi fikirkanlah siapa yang mencari masalah sebenarnya?

Comments