Nik Aziz Perlu Belajar Bahasa Melayu

Lama sudah saya tidak masukkan artikel baru dalam blog ini kerana kesibukan kerja yang membataskan waktu untuk saya menulis dalam blog ini sejak bertungas di ibu kota.

Alahmdulillah...sejak bertugas sebagai wartawan di Kuala Lumpur, entah bagaimana boleh berlaku saya seorang yang cukup tidak sukan kepada kepemimpinan Pas diberi amanah untuk mengikuti segala perkembangan parti itu...Ok lah dapat juga saya menyelusuri perjuangan parti itu yang kononya mendaulatkan Islam.

Bulan ketiga saya di Kuala Lumpur, saya diberi kepercayaan untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Parti itu yang menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi Pas. Menarik juga muktamar mereka, perwakilan "mengehentam" pemimpin secara terbuka jika ada silap, ini kelebihan Pas.

Namun, apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang perjuangan Pas untuk memansuhkan PPSMI ibarat "ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

Persoalannya, benarkah Pas perjuangankan Bahasa Melayu ataupun ia agenda politik disebaliknya?

Pas tidak memperjuangkan Bahasa Melayu, sebaliknya Pas menanguk di air yang keruh untuk memancing undi dan sokongan rakyat.

Jika benar Pas perjuangkan Bahasa Melayu, mengapa ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, label bilik yang ada dibangunan itu semuanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Jadi macam mana Pas boleh katakan mereka perjuangkan Bahasa Melayu, jika pada asasnya pun meraka sudah gagal.

Malah, cuba tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, apakah beliau boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.

Di depan mata saya sendiri, ketika Nik Aziz mahu membuat pengumuman untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Nasharuddin Mat Isa, kenyataan bertulis dalam Bahasa Melayu dialih bahasa kedalam tulisan jawi kerana beliau tidak boleh membaca kenyataan dalam Bahasa Melayu.

Di depan mata saya juga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat Pas, terpaksa menulis kenyataan baru dalam tulisan jawi untuk dibaca Nik Aziz.

Inikah pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Bahasa Melayu?......fikirkanlah.

Comments