Pas belum "bebas" rasuah


Ada masalah dalaman sebenarnya yang berlaku dalam Pas berkaitan "politik wang".
Jawatankuasa Pas Harian yang bermesyuarat semalam, cuba menyembunyikan masalah itu apabila mereka "bulat-bulat" mengatakan Pas bebas daripada politik wang.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkannya sebagai permainan politik pihak luar untuk merosakkan Pas, betul ke?

Ini kerana selepas mesyuarat jawatankuasa itu dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi (mat iraq) yang dihadapkan ke jawatankuasa itu atas dakwaan berlaku rasuah dalam parti itu mempunyai nada berbeza dengan Presiden parti.

Ketika ditemui pemberita beliau enggan menggulas lanjut tentang kenyataan yang diberikannya terhadap jawatan kuasa itu.

“Tak ada apa, saya dah bagi keterangan, saya tak mahu komen apa-apa. Kalau saya sebut ini (mengeluarkan kenyataan), nanti menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Sebaliknya menyerahkan nasibnya kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Kenyataan Abdul Hadi juga bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang tidak menolak kemungkinan wujudnya gejala "rasuah" dalam parti itu terutamanya menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan.


Comments