KUALA LUMPUR: Tiada ruang buat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke negara ini kerana dosa yang dilakukannya terhadap pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini tidak boleh dimaafkan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin yang melahirkan perasaan simpati terhadap Chin Peng perlu mengemukakan pendirian secara jelas tanpa berselindung di sebalik tabir politik kepartian.
“Chin Peng dan komando yang membunuh rakyat negara ini dan tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat atau bersimpati kepadanya. Dosa dia membunuh beribu-ribu masyarakat Malaya tidak boleh dilupai, sejarah yang tercatat adalah sedemikian rupa.
“Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini. Kita tidak boleh mendewakan komunis, ribuan yang sudah mati di tangan komunis sudah cukup untuk insaf supaya kita tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kementeriannya di sini semalam.
Dr Rais berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memantau dan mengawal perkembangan laman blog yang menyokong komunis serta cuba menanam semangat komunisme di kalangan masyarakat di negara ini.
Katanya, beliau akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai kemunculan beberapa laman blog yang dilihat memberi pujian atau melahirkan nostalgia kepada komunis dan maklumat diperoleh mengenai perkara itu akan disalurkan kepada KDN.
“Mengenai kemunculan blog yang dilihat menyokong komunis, kami akan cari jalan untuk menanganinya, langkah tak perlu cakap, semuanya sudah diatur dan kesannya nanti saya percaya akan memberi pandangan yang membina supaya komunisme tidak menjadi kegilaan atau yang diminati mana-mana generasi.
“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan di bawah bidang tugas saya, tapi saya sudah minta beliau siap siaga melihat kecenderungan ini,” katanya.
Mengulas mengenai gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib R azak, sering disalah tafsir oleh pihak tertentu terutama pembangkang, beliau akan menggerakkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk memberi penerangan kepada rakyat.
Dakwaan pembangkang bahawa orang Melayu akan hilang haknya dengan tertubuhnya 1Malaysia adalah tidak berasas serta bersifat retorik bagi memperkecilkan idea Perdana Menteri. Tiada perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia hilang dengan adanya 1Malaysia.
“Orang Melayu, Cina dan India adalah bersahabat untuk jadikan negara kita hebat, namun begitu apa yang ada pada orang Melayu, orang lain tak ambil. Apa yang ada pada perkara 153, orang India tak curiga, tapi orang India yang susah dan orang Cina yang melarat kita bantu sama.
“Melalui 1Malaysia ini kita bersatu hati berpadu tenaga memajukan negara dalam semua bidang dengan tidak mengetepikan mana-mana hak di bawah undang-undang, ia tiada kena mengena dengan Malayan Union, ia adalah unjuran perjuangan negara.
Di JOHOR BAHARU: Persatuan Bekas Komando Negeri Johor menyifatkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan sebagai "buta sejarah" berikutan saranannya agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke negara ini.
Penasihatnya, Datuk Abdul Aziz Sapian, berkata PKM pimpinan Chin Peng itu bertanggungjawab terhadap ribuan kematian dan kecederaan yang dialami sama ada oleh anggota pasukan keselamatan serta orang awam.
"Tangannya (Chin Peng) itu diselaputi oleh darah anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan PKM yang dipimpin oleh Chin Peng. "Adakah parti Gerakan Pulau Pinang itu sengaja membutakan dirinya kepada fakta sejarah semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik," katanya di sini, semalam.

Comments