Husam Pengecut

Saya tertarik dengan kata-kata dalam blog www.msomelayu.blogspot.com yang menyifatkan ketidak hadiran Naib Presiden Pas, Husam Musa, pada program Hujah di TV9 sebagai seorang pengecut untuk berdepan Ezam yang mewakili Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun tajuk hujah malam ini mengenai rasuah dalam politik, saya rasa Husam boleh mempertahankan Pas. Husam akan menempiskan persepsi kononnya berlaku rasuah dalam Pas.
Justeru kehadiran Husam sangat diperlukan oleh Pas untuk menangkis segala tohmahan yang bakal ditimbulkan dalam rancangan itu.Kehadiran Husam juga dikira tepat kerana beliaulah pemimpin Pas yang melenting bila isu rasuah timbul dalam Pas baru-baru ini.
Beliau bingkas bangun meminta agar Pas meminta bukti daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraq dan mengambil tindakan disiplin kepadanya jika gagal mengemukakan bukti atas tuduhan itu.
Cara Husam melayani Mat Iraq itu seolah-olah Mat Iraq menuduh beliau yang bermain politik wang!Husam juga sepatutnya hadir kerana dengan penampilan malam ini beliau dapat mempamirkan kewibawaan dan betapa profesionalnya beliau sebagai pemimpin Pas masa depan yang sedang berkira untuk meletakkan Pas sebagai peneraju politik negara ini.
Orang tertunggu-tunggu untuk melihat Husam malam ini. Kalau Husam datang malam ini saya kira ia akan memberi markah yang tinggi untuknya dalam kempen merampas jawatan timbalan presiden daripada Nasharudin Mat Isa.
Tetapi sayang seribu kali sayang, beliau tidak hadir. Apakah ketidakhadirannya Husam juga macam Zahid, takut untuk berdepan dengan Ezam. Kalau benar kenapa harus takut berdepan dengan Ezam.
Jika niat awal beliau menerima jemputan TV9 itu untuk mengambil peluang bagi menyucikan Pas dengan rasuah beliau harus hadir tanpa mengira siapa sekalipun yang ditampilkan dari pihak Umno.Apabila beliau membatalkan niat pada saat akhir, ia menyebabkan orang beranggapan demikian, bahawa beliau juga dua kali lima dengan Zahid.
Memang hak Husam membatalkan kerana TV9 gagal menampil lawan asalnya. Tetapi itu bukan alasan bijak bagi Husam. Beliau perlu hadir juga sepatutnya. Sudah tentu kehadiran untuk berdepan dengan sesiapa saja itu menunjukkan beliau berani dan bersedia menerima sesiapa saja untuk mempertahankan Pas.
Beliau kena hadir kerana sedikit sebanyak isu rasuah dalam Pas akan tempias dalam hujah itu. Bila ini berlaku maka beliau kena menjawabnya.Ternyata sekali, bila Ezam turut tidak menolak rasuah juga berlaku dalam Pas.
Apa yang Ezam bayangkan atau siniskan sungguh memedihkan. Dengan mengguna pandangan Ibnu Khaldum, di mana rasuah itu datang bersama kuasa, Pas telah tertampal dengan najis rasuah yang dilontarkan Ezam sekejap tadi.
Kalau Husam hadir pasti dia akan menjawab dan mengupasnya. Dan Ezam sendiri nampak excited untuk membincangkan isu rasuah dalam Pas kerana atas rasa tanggungjawabnya untuk tidak mahu melihat parti Islam itu menjadi macam partinya, Umno.Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid.
Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.
Dan apakah menyebabkan Husam takut untuk berdepan dengan Ezam? Apakah ianya ada sangkut paut dengan tuduhan beliau ke atas Ezam di Kuala Terengganu dulu yang kemudian disambut oleh Ezam kemudian tidak terjawab oleh Husam? Kalaulah... diulang kalaulah dengan Ezam pun takut nak berdepan bagaimana nak mempertahankan Islam dari serangan Israel? (dipetik daripada www.msomelayu.blogspot.com)

Comments