BN Tak Tanding Penanti

Tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, apabila membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dun Penanti, 31 Mei nanti.

Langkah bijak Perdana Menteri dilihat mampu menghentikan permainan politik pembangkang yang cuba untuk memalukan Barisan Nasional dan Umno, serta mahu mewujudkan gelombang kononnya rakyat menolak Umno-BN.

Permainan politik pembangkang juga adalah agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mendesak kerajaan yang ada sekarang membubarkan parlimen bagi membolehkan beliau mengambil alih kerajaan dan menjadi PM.

Itu memang impian Anwar sejak dari dulu lagi...

Benar kata Najib, kita tidak perlu menari ikut rentak mereka...politik juga macam main bola, kalau kita ikut rentak lawan kita akan kalah.

Pedulikan apa orang nak kata, yang penting BN dan Umno masih lagi kerajaan yang sah di negara ini. Kalau kalah ataupun tidak bertanding maruah BN dan Umno tidak tercalar, kerana disitu sememangnya kerusi PKR.

Comments