Satu Kapal Destinasi Berbeza



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini ibarat berada dalam satu kapal namun menunju ke destinasi yang berlainan.

Percanggahan pendapat dan perpecahan di dalam parti itu kini kian tampak, banyak pandangan yang dikemukakan oleh Abdul Hadi ditentang oleh Nik Aziz.
Malah kemuncak persengketaan semakin memuncak apabila Nik Aziz mendakwa dia adalah nahkoda kepada Pas dan mungkin Hadi adalah boneka ataupun budak suruhannya yang tidak boleh bersuara langsung.

Nik Aziz adalah sejenis manusia yang tidak mahu melihat perpaduan di kalangan orang Melayu beragama Islam berlaku, berbanding Abdul Hadi yang boleh membuat pertimbangan waras terhadap perpaduan Umat Islam dan Melayu amnya.

Sudah tidak ada demokerasi dalam Pas, perselisihan pendapat antara dua pemimpin tertinggi parti itu jelas menggambarkan pemusatan kuasa hanya pada Nik Abdul Aziz sahaja dan Abdul Hadi sebagai Presiden tidak layak untuk membuat keputusan.

Ini secara tidak langsung menggambarkan beliau sebenarnya mengamalkan pentadbiran kuku besi dalam parti itu, apa guna Abdul Hadi sebagai Presiden sekiranya tidak boleh bersuara.
Dengar kata lain "Hadi diamlah"....

Comments