PPSMI:Benarkah Tidak Rasional

Benarkah tiada dalang disebalik gerakan mansuhkan PPSMI, seperti mana yang didakwa Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mengapa mereka yang kononnya dikenali sebagai pejuang Bahasa Melayu, menetang habis-habisan PPSMI. Rasionalkah alasan yang diberikan hanyalah untuk memartabatkan bahasa yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara, tetapi masa depan anak bangsa yang tergadai.

Pernahkah kita terfikir mengapa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu PPSMI dilaksanakan. Apa masalahnya PPSMI, kerana yang pelajar belajar bukanlah "total" bahasa Inggeris, sebaliknya hanyalah istilah-istilah tertentu.

Bagaimana agaknya, kalau subjek Sejarah diajar dalam Bahasa Inggeris, tentunya lebih mencabar bukan?

Sebab itulah bahasa Inggeris digunakan dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Perkara ini rasional dilaksanakan kerana kita sekarang berada dalam dunia globalisasi, bahasa Inggeris adalah bahasa utama dan penting bagi memasuki pasaran kerja antarabangsa.

Cuba kita fikirkan...apakah rugi anak bangsa menguasai bahasa Inggeris yang mana skim gajinya lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai penguasaan bahasa Inggersi jika memasuki pasaran kerja.

Malah, banyak teknologi canggih yang ada di negara kita hari ini juga menggunakan bahasa Inggeris.

Namun apa yang penting kita perlu tahu pelaksanaan PPSMI adalah bertujuan membolehkan anak melayu terutamanya di kawasan pendalaman, menguasai bahasa Inggeris dan juga untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Apakah anda fikir anak Melayu di kawasan kampung akan belajar menguasai bahasa Inggeris bersungguh-sungguh ataupun tidak, sekiranya PPSMI tidak dilaksanakan.

Cuba kita panggil mahasiswa yang turut serta menyertai gerakan memansuhkan PPSMI, apakah mereka ini mampu menguasai bahasa Inggeris? Aku ingat semua ini hancur dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Comments