Pergaduhan Yang Merugikan Wanita Umno


Pergolakan antara dua pemimpin tertinggi Pergerakan Wanita Umno, bagaikan tiada penghujung dan kesudahannya, apabila Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz dan pencabarnya pada pemilihan Umno Mac ini, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, sudah tidak boleh berkompromi lagi.

Walaupun masing-masing cuba menyembunyikan "kebencian" antara satu sama lain dengan cuba mewujudkan kemesraan, namun riak wajah cukup menggambarkan mereka benar-benar tidak sehaluan.

Sewaktu berjumpa dengan perwakilan Wanita Umno, di Kota Bharu (08.03.09) jelas menunjukkan dua tokoh ini "bermusuh". Malah apabila ditanya oleh seorang wartawan kepada Rafidah: "Apakah beliau bersedia menjadi penasihat sekiranya dilantik, seandainya kalah pada pemilihan nanti?.

Namun katanya, beliau enggan menerima jawatan itu, sekiranya ditawarkan Shahrizat. Ia secara jelas membuktikan dua pemimpin ini sudah tidak boleh bersatu lagi.

Sepatutnya, perkara sebegini perlu diketepikan demi kebaikan parti, perkongsian idea antara dua tokoh ini amat perlu ketika Umno berada pada kedudukan yang cukup tidak selesa pada masa kini.

Dua pemimpin ini perlu duduk semeja, ketepikan soal pertandingan demi memperkasakan lagi Wanita Umno yang menjadi tulang belakang kepada parti.

Jika menyorok sejarah wanita, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh sayap parti itu, tiada sumbangan boleh dijadikan buah tangan untuk ahli Umno.

Apa yang wanita Umno tahu adalah melaksanakan lawatan sambil belajar, ke luar negara. Itu sahaja. Rafidah perlu memikirkan satu gagasan idea yang terbaik bagi menjenamakan semual wanita Umno.

Rafidah dan Shahrizat perlu hentikan persengketaan sekiranya sayangkan Umno, persengketaan dan perbalahan dua pemimpin ini hanya boleh membawa perpecahan kepada ahli Umno.

Lawan, lawan juga lah...tetapi jangalah tunjuk perangai kebudak-budakan, bersikap matanglah selaras dengan kematangan usia Umno.




Comments