Sudah dijangka...
Jika sebelum ini Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, cuba berselindung disebalik usaha memansuhkan PPSMI bagi mengaburi mata orang ramai, kononnya beliau bukan diperalatkan oleh mana-mana parti politik, tetapi kini sudah terbukti dia dipergunakan.
Beliau yang turut membantu kempen Pas di Parlimen Bukit Gantang, Perak secara terbuka meminta rakyat kawasan itu menyokong pembangkang pada pilihan raya kecil nanti.
Jika sebelum ini, apabila ditanya apakah gerakan memansuhkan PPSMI didalangi parti politik, namun beliau menafikannya dan mengatakan ia adalah gerakan ikhlas bagi menjaga bahasa ibunda.
Namun ia semakin jelas gerakan memansuhkan PPSMI adalah gerakan yang didalangi parti politik.
Mengapa Pak Samad membantu pembangkang?
Jawapannya cukup mudah, beliau merasakan dirinya dipinggirkan Umno, beliau kesunyian dan tidak diberi perhatian dan mungkin juga Pas ataupun pembangkang adalah periuk nasinya yang baru.
Benarkah perjuangan Pak Samad menentang PPSMI adalah ikhlas?
Gelaran Sasterawan Negara yang dikurniakan kepadanya patut digugurkan sekiranya beliau membantu pembangkang. Sepatutnya anugerah yang diberikan adalah untuk memperkasakan lagi bahasa dan sastera bukannya berceramah di pentas politik.
Ataupun Pak Samad kini bercita-cita untuk menjadi ahli politik seperti mana sahabatnya sebelum ini Shahnon Ahmad.
Comments