Kerajaan Perpaduan : Mustahil


Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Naik Mat, yang tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, patut dihormati dan disokongan sepenuhnya.

Mengapa saya berkata demikian???...Ini kerana sekiranya terbentuk kerajaan perpaduan, perpaduan yang dimaksudkan itu tidak akan tercapai kerana pemipin Pas tidak boleh berpadu dengan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagi Umno dan BN yang sudah menjadi ketua kepada kerajaan di negara ini, sudah tentu tidak mahu berkongsi ataupun mengurangkan kuasanya dengan menyerahkan beberapa jawatan penting dalam kabinet kepada pemimpin pembangkang.

Tetapi itu tidak mustahil berlaku sekiranya dua parti ini mencapai kata sepakat. Bagaimanapun ia sukar untuk dilaksanakan selagi Nik Abdul Aziz berada didalam Pas. Menteri Besar Kelantan ini sudah menutup pemikirannya(JUMUD) dan tidak boleh menerima cadangan itu.

Dalam Pas sebenarnya sudah berpecah kepada dua, pertama golongan yang keras kepala, golongan ini terdiri daripada Nik Abdul Aziz, Datuk Husam Musa dan beberapa pemimpin Pas lain.

Golongan keras kepala ini sudah tidak boleh menerima ataupun tidak boleh bertolak ansur untuk berbaik dengan Umno dan BN walaupun demi kepentingan rakyat.

Manakala golongan yang boleh bertolak ansur pula adalah seperti, Haji Hadi, Nasharuddin dan Takiyuddin. Golongan ini boleh duduk semeja dan berbincang dengan Umno-BN demi kepentingan rakyat.

Kerajaan Perpaduan mustahil dapat diwujudkan selagi ada golongan keras kepala di dalam Pas.

Comments