Inilah Umno.

Inilah Umno....

Kalau dalam filem madu tiga, ada apek yang ingin bunuh diri dia cakap.."Hidup pun susah, mati pun susah, mati kena pegang bedela (bendera).

Tapi lain pula dalam Umno, apabila Lembaga Disiplin Umno, menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin yang didapati terlibat dengan politik wang, maka penyokong pemipin terbabit akan bangkit dan mengatakan ini tidak adil, keputusan dibuat tidak betul dan sebagainya.

Sehinggakan Pengerusi Lembaga Dispilin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen, berkata "buat salah, tak buat pun salah. Inilah lumrah ahli Umno, sukar untuk menerima kenyataan apabila didapati bersalah.

Politik wang dalam Umno tidak akan dapat dibendung sekiranya masing-masing mahu menegakan benang yang basah...kepada pemimpin Umno yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman, terimalah dengan hati terbuka demi kepentingan UMNO.

Comments