Ingat Jasa Pemimpin Terdahulu


Tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abbdullah Ahmad Badawi, selepas perhimpunan agung Umno.

Sebagai rakyat yang berada dibawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), apa yang diharapkan satu perubahan kearah kebaikan rakyat dapat dilakukan oleh Najib.

Najib mampu melakukan perubahan, walaupun beliau menerima pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak terutamanya pembangkang. Namun ia hanyalah tuduhan tidak berasas, persepsi dan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak suka melihat Najib pergi lebih jauh.

Sejauh mana kebenaran tohmahan itu belum dapat dibuktikan...bagaimana pun Najib perlu merancang pentadbirannya dengan baik dan berkesan.
Namun apa yang paling penting beliau perlu mencontohi kepemimpinan tokoh-tokoh terdahulu seperti Tun Razak dan Tun Dr Mahathir.

Malah usaha dan sumbangan tokoh terdahulu tidak boleh dilupakan, walaupun sedikit ia tetap berjasa. Najib perlu mengenang jasa Pak Lah dan jangan biarkan apa yang berlaku terhadap Dr Mahathir berulang lagi.

Comments