Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Hari ini (06.02.09) Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri yang baru di Perak, menumbangkan Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini.
Sebenarnya, aku dah bosan dengan gimik politik pembangkang yang asyik menyalahkan pihak lain tetapi tidak menyalahkan kelemahan diri sendiri.
Semasa pilihan raya, pembangkang selalu menyalahkan BN kononya membawa masuk pengundi hantu dan turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berlaku adil.
Tetapi, apabila pembangkang menang pada sesuatu pilihan raya, apa yang didakwa mereka tidak pula wujud. Ini yang aku bosan dengan pemimpin pembangkang, alasan pengundi hantu, SPR tidak adil, pengundi hantu, SPR tidak adil, itulah alasan mereka yang ada.
Di Perak kali ini pembangkang sekali lagi menyalahkan SPR kononya berlaku tidak adil, bukan SPR sahaja, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, turut didakwa berat sebelah.
Sudahlah Nizar....kalau dah hakikatnya engkau hilang kuasa terima sahaja lah keputusan itu. Jangalah nak melawan, kerusi Menteri Besar itu bukan dicipta untuk kau seorang.
Inilah perangai pemimpin pembangkang yang membuatkan aku "boring" nak layan mereka. Kalau mereka buat semuanya "halal" tetapi apabila BN buat yang mereka halalkan pun boleh menjadi "haram".
Kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah: "Patik pacar yang hina mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku kerana tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun). Sekiranya pembubaran berlaku, maka banyaklah duit rakyat dihabiskan bagi pilihan raya kecil seluruh negeri itu dan kemelut politik di Perak tidak akan selesai.
"Ampun Tuanku, patik pacar yang hina amat dukacita dengan perangai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang sanggup menderhakai Tuanku. Pemimpin seperti ini tidak layak untuk berada di bumi Perak yang aman makmur...ampun Tuanku.
Comments